Fais-SKA

Sunday 17 March 2013

Australian GP 2013

Berakhir sudah pembukaan F1 2013 di Melbourne Australian GP. Perlumbaan yang menarik dari para pelumba menyaksikan The Iceman (Kimi Raikonen) dari Team Lotus memenangi perlumbaan kali ini di tempat pertama, Fernando Alonso ke-2 dan Vettel ke-3. Cuaca yang redup dan sedikit hujan memberi kelebihan buat kimi raikkonen yang bermula dari petak ke7 pada permulaannya dan terus memimpin perlumbaan hinggalah ke garisan penamat. Bravo buat Kimi Raikkonen dengan pemanduan yang hebat dan strategi yang baik dari Team Lotus. Walaupun team ambe sokong tak menang dan permulaan yang agak slow, ambe harap team McLaren dapat buat lebih baik untuk next GP. 

Permulaan yang hambar dari team McLaren buat ambe down je tengok tadi, Come On McLaren!! buktikan kat Malaysian GP hujung minggu ni. Sorry..terOver emo plok ambe ni. F1 2013 kali ini disertai oleh 22 orang pelumba dan 11 team. Ambe pun baru tahu para pelumba yang berlumba untuk Season 2013 ni, nak details boleh tengok gambar kat bawah ni. 


Semalam semasa perlumbaan Qualifying, para pelumba hanya sempat habis untuk Q1 sahaja oleh kerana hujan lebat pada sebelah petang dan bersambung pada pagi tadi untuk Q2 & Q3. Mungkin awan hujan dari Malaysia bergerak ke Australia kot. Peraturan FIA untuk F1 2013 tidak berubah, yang mana para pelumba kena berebut petak perlumbaan dengan melalui Q1, Q2 dan Q3 dengan masa yang ditetapkan. 10 perlumba yang layak ke Q3 memang terbaik dan kenalah membuat pusingan terpantas untuk merebut petak pertama pula. Faham tak?? hehehehe..buat-buat faham jelah ye.

Kedudukan petak perlumbaan para pelumba. (Qualifying)

Hmm yang ni bab tayar. Isu tayar berjenama Pirelli tetap mnjadi tanda tanya buat ambe. Pelik jugaklah, kerana isu tayar tetap tak habis-habis sejak Pirelli ambil alih menaja tayar untuk perlumbaan F1. Tayar yang digunakan cepat sangat haus dan kurang cengkaman pada permukaan jalan. Pada sesi Qualifying semalam pun dah ada pelumba yang eksiden dan sliding. Penaja tayar F1 terdahulu seperti Bridgestone dan Michelin jarang sangat ada isu besar camni untuk perlumbaan F1. Seperti perlumbaan F1 dulu, peraturan FIA benarkan 1set tayar je ditukar bagi setiap pelumba apabila masuk ke pit. Tapi para pelumba tetap guna tayar yang sama dari awal perlumbaan hingga ke akhir. Hanya 1 set tayar sahaja!. Jauh sangat berbeza dengan sekarang sampai kena tukar 3 set tayar untuk 1 perlumbaan. Bayangkanlah pembazirannya, Ish ish ish...

Please buat tayar yang lebih baik, Team McLare nak menang ni.

Wokeh!! Setakat ni sahaja perkongsian ambe buat peminat F1 :) Congrats to your victory Kimi Raikkonen. Ambe minat jugak dengan Kimi ni sebab dia pernah berlumba untuk team McLaren dan dia menonjol pun semasa bersama team McLaren. Ambe nak sangat tengok si Kimi & Alonso 1 team untuk McLaren hehehe..harap tercapai la angan-angan ambe tu ye. Buat peminat F1 Malaysia, jangan lupa kita pakat gi tengok F1 24 Mac ni di Sepang Malaysian GP. Wassalam..
Proud to be Malaysian :)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

No comments:

Post a Comment