Fais-SKA

Thursday 7 March 2013

UEFA Champions League


Assalamualaikum.
Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia minat dengan sukan bola, tak kiralah sokong liga tempatan atau luar. Macam ambe memang minat sangat dengan bola, liga tempatan semestinyalah sokong pasukan Ganu kite (Terengganu), kalau pasukan luar ambe penyokong setia Manchester United dari England. Entri kali ni ambe nak kongsi pasal bola. Penyokong Manchester United mesti setia je depan television pagi td kan? Termasuklah ambe. Pagi tadi pukul 3.45am ada siaran langsung bola sepak UEFA di astro C831, pertembungan antara Manchester United vs Real Madrid (2nd leg). Macam biasa jika ada siaran langsung bola sepak, ambe cuba untuk tengok, kebetulan sambil-sambil siapkan kerja sambil tunggu bola.



Pertembungan pagi tadi antara M.U vs R.M merupakan 2nd leg selepas mereka bertemu pada 1st leg di Santiago Barnabeu Spain dan Manchester United dapat mengikat keputusan seri 1-1 dengan Real Madrid. Untuk lebih details klik sini. Pertembungan kedua pasukan hebat ini mempertaruhkan pemain terhebat mereka seperti Wayne Rooney, Robin Van Persi, Nani, De Gea dan Gigs bagi Manchester United, manakala Real Madrid diperkuatkan oleh Cristiano Ronaldo, Mesut Ozil, Kaka, Diego Lopez dan Modric. Apa yang ambe tengok padi tadi memang penuh dengan penonton di stadium Old Trafford Manchester United, kagum juga la dengan semangat kesukanan diorang. Separuh masa pertama perlawanan, kekal dengan keputusan 0-0. Apabila masuk je saparuh masa ke2, Manchester United di depan hasil gol sendiri oleh Ramos yang ditendang oleh Nani dan mengenai kakinya. GoooooLLL!!!


Perlawan pagi tadi membuatkan ambe terkilan dengan Nani yang terpaksa keluar padang kerana dapat kad merah, setelah pengadil dari Turkish (Cuneyt Cakir) mengesahkan Nani mengasari pemain pertahanan Real (Alvaro Arbeloa). Hampeh betul pengadil, dah la terang tang tang nampak tak sengaja, last-last dia kena kutuk dengan ramai orang sebab mutu pengadilannya. Ambe yang tengok masa tu terus rasa down sebab ManU dah kurang sorang pemain. Bila dah kurang sorang, kaw-kaw la kena serang dengan Real Madrid.


Pada masa tu juga la Real Madrid ambil kesempatan dengan menjaringkan 2 gol hasil dari rembatan Luca Modrid dan tampanan cantik dari Cristiano Ronaldo. Ambe tengok masa tu pun dah marah-marah, ishhhh kurang ajor tul punya pengadil. Minit-minit akhir Manchester United cuba bangkit dengan pergerakan bahaya dari Rooney dan Van Persie, tetapi tiada penyudah gol. Ambe tetap bangga dengan Manchester United, kerana semangat juang yang tinggi dan permainan konsisten yang ditunjukkan sehingga akhir perlawanan. Kalau tak kerana Nani dilayangkan kad merah, confirm Manchester menang la.

~Respect~

Berakhir sudah UEFA Champions League bagi pasukan Manchester United untuk tahun 2013 dengah kalah  2-3 kepada Real Madrid. Lepas ni kena fokus kat liga England la pula, yang pasti Manchester United menjuarai liga kali ini dengan jurang 12 mata depan pencabar hebatnya Manchester City.

True Story .. they didn't win they Stole the game :(



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

No comments:

Post a Comment