Fais-SKA

Wednesday 1 May 2013

1-MaY-2013

Sempena 1-May (today) ambe ambil kesempatan nak ucap "Selamat Hari Pekerja" buat semua. Bestlah dapat rehat, sebab confirm cuti umum kan. Yang bekerja harini memang masyuk la, sah-sah company bayar triple. Sembang bab kerja, ambe rindu betul suasana time bekerja dahulu. Sekarang dah nak masuk 4 bulan ambe mc, beku rasa otak ni huhuhuhu. Tapi alhamdulillah la dalam keadaan mc, rezeki ALLAH tetap masuk walaupun kerja tak sama bidang. Bolehlah jugak otak ni bekerja daripada tak buat apa-apa. Hmm..ambe sayang sangat bidang architecture, tak sabar dah nak kerja balik =). Harap otak ni tetap fresh la nak ingat kerja-kerja yang dahulu. Bekerja ni adalah satu ibadah, keluar bekerja dengan niat yang betul dan ikhlas dah dapat pahala dari ALLAH. Korang yang dah bekerjaya tu kerjalah elok-elok dan berdedikasi. Pastikan kerja yang halal dan tak memudaratkan korang. Yang masih mencari kerja, teruskan berdoa dan berusaha mencari. InshaALLAH rezeki untuk kita tu ada, antara cepat dan lambat je, Dia dah aturkan yang terbaik untuk kita =).

Hehehe..adik-adik yang masih belajar tu, belajar la elok-elok dan bersungguh-sungguh. Kejar cita-cita korang tu sampai jadi kenyataan. Jangan hangat-hangat tahi ayam atau angan-angan Mat Jenin je. Yang dah besar tu buat cara dah besar, jadi remaja yang matang. Anda penentu masa depan anda sendiri =). Wassalam.


“Sesungguhnya ALLAH Ta’ala suka melihat hambaNya berusaha berpenat lelah mencari rezeki yang halal”(HR Ad-Dailami)

“Seseorang pekerja apabila ia mentaati ALLAH dan majikannya, nescaya ia masuk ke dalam syurga lebih dahulu dari majikannya selama 70 tahun.” (HR at-Tabrani)

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)

“Usaha yang paling baik ialah usaha orang yang bekerja dengan ikhlas.” (HR Ahmad)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

4 comments:

  1. 4 bulan cuti? huhu..moga cepat sembuh la yo.. ^^

    ReplyDelete
  2. hehehe lama kn..biasa la homesick :D..ok trima kasih..

    ReplyDelete
  3. haha...wonderpet..lame xdengar lagu nie...
    papepun, slmt bercuti...rehat cukup2.. (-.-)v

    ReplyDelete
  4. hehehe..wokeh, trima kasih =)

    ReplyDelete