Fais-SKA

Friday 10 May 2013

Pengalaman Berkonvoi yang Best!

Salam dari SKA buat semua. Harap korang sihat-sihat je =). Selamat berhujung minggu jugak, isilah hujung minggu korang dengan aktiviti berfaedah. Story kali ni sebenarnya nak kongsi hobi ambe yang minat dengan berkonvoi. Mungkin sesetengah korang pun minat jugak berkonvoi kan, tapi mungkin dengan kereta atau cara korang sendiri. Hobi berkonvoi ni ambe minat sejak tahun lepas lagi, time tu rasa kesunyian je (hahaha sunyi la sangat) dan ambe joinlah satu group motor kat Terengganu iaitu Turtle Crew Bikerz (TCB).

Kelab TCB ni bukanlah kelab motor berkuasa tinggi seperti chopper atau superbike. Kitorang hanya menggunakan Yamaha 135LC je a.k.a King Of Moped. Ambe tak mampu nak beli motor besar-besar, harga je pun dah cecah puluh-puluh ribu, baik beli kereta je kan. Tapi ni atas individu, kepuasan lain-lain bila bawa kereta dan menunggang motor =). Actually esok 11/5/2013 ada 1 konvoi ke Cubprix Terengganu, tapi terpaksa ditangguhkan sebab Pru-13 baru-baru ni dan dianjak ke tarikh 25/5/2013. Yang mana minat dengan perlumbaan Petronas Cubprix boleh la ke stadium Gong Badak. Bawah ni ambe nak kongsikan beberapa gambar kenangan yang lepas bersama Turle Crew Bikerz =).

Ni logo kelab, time ni berkumpul kat Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu sempena Cubprix 2012.

Baju tajaan Yamaha, ala-ala retro =) gambar kenanagan bersama boss GIVI Asia.

Ni je yang sempat bawak balik dari Cubprix tahun lepas 2012 =)

Walaupun kelab yang ambe join ni hanya menggunakan motorsikal kapchai, ambe harap takdelah yang pandang serong dengan melabelkan kitaorang ni sebagai samseng jalanan. Ambe konvoi pun secara berkumpulan dan berdisiplin. Pernah dipuji dan pernah masuk beberapa majalan motorsikal sebagai kelab contoh untuk mengelakkan rempit. Kitaorang berkonvoi pun ada leader dan marshall yang diiktiraf =).
Haa!! ni abang marshall TCB. Safety 1st =) Terbaik tak?? hehehe.

Ni beberapa tempat yang sempat ambe konvoi tahun lepas. Aktiviti berkonvoi macam ni boleh buat sempena cuti je. Penuh dengan suka duka dan pengalaman yang menarik. Boleh kenal tempat orang dan relakskan minda =). Yang penting hobi ni berfaedah. InshaALLAH dah sihat nanti nak join konvoi balik, nak pusing 1 Malaysia kalau boleh. Masa bujang ni lah nak berkonvoi pun, dah kahwin esok-esok dah tak boleh kan hehehehe. 

Bagi korang yang tengah stress sekarang ni, selain daripada membaca Al-Quran dan berzikir. Korang boleh ke blog abang Bin Muhammad, blog dia best, boleh relakskan minda, tenangkan fikiran dan macam-macam info boleh dapat di blog Relaks Minda (jum terjah). Isilah masa terluang anda dengan benda yang berfaedah. Semoga bermanfaat, Wassalam =)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

16 comments:

  1. Dulu geng2 abg sy pun suka berkonvoi ni. Tapi rasanya dah retired sekarang ni. :D

    ReplyDelete
  2. selamat pagi juga..
    me tak suka konvoi..haha..suka lepak rumah.. :')
    tapi konvoi ni best juga la..dapat lencong ke mana2 dgn kawan2..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. he3..lepak rumah bgus tuk prmpuan :) dpat jga mak ayah, dpat jga dri jgak kn..konvoi mmg best, mcm2 tmpat boleh pergi, yg pntg dpat bina ukhuwah dgn dak2 kelab..xpe, me da kwen t p je konvoi berdua ngn suami =)

      Delete
  3. hahahhaa... lelaki mmg selalu konvoi cm nih -_- hahaha... cm best je tgk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki suke jalan2..tgok je?? he3 mmg best pun :)

      Delete
  4. Belog cik akak pun apa yang ada dik...huhu....rasanya cik akak berkenan lah dengan keychain motor tu...comel eh..hihi...mintak satu boleh tak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcam2 ada kat blog cik akak 2..inshaALLAH tringin jgk nk join segmen akak 2 :) alamakk..keychain 2 sy nk bt kngan la kak he3..sy bg yg lain la yup

      Delete
  5. slm kenal...owh bos kak lea minat konvoi...tapi dia layan chopper he3..kdg2 ambil cuti konvoi ke penang,thailand n spore.bos pulak part time ajar kat lim kok wing,cyberjaya.anak murid dia masa tu dira,pengacara melodi tu.dira kan dgn abg dia ada biz motor,hurm kalau dtg ofce bos asyik crta ttg motor..fenin...fenin...

    ReplyDelete
  6. ha3..yeke kak?? best tol, he3 sy knal sgt dira tu, dia mmg suka motor dn konvoi :) tp traf orang kaya je bleh konvoi mtor besar2 ni, sy kapchai je..pgguna jalan raya yg lain pn hormat skit, sbb xdelah bt jem kat atas jalan.

    ReplyDelete
  7. owh bos kdg2 pakai motor kwn gi konvoi dgn linda onn,maznah zulkifli.best pulak tgk kdg2 wife dia pun joined he3..alah kapchai pun ok per...janji tak ggu pengguna jln ry yg lain n konvoi dgn slmt..sbb byk dh kes kena langgar,kan.sedih jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he3..xpelah sy kapchai je slamanya :) jnji sng bwak n snang hati..

      Delete
  8. suka jugak berkonvoi..ramai2 naik moto pegi mandi sungai. hehe

    ReplyDelete
  9. ha3..mndi sungai?? zaman ble 2?? xthu plak pmpn pn konvoi ramai2 :)

    ReplyDelete
  10. wow! bestnyaaa!!!! pernah juga berkonvoi, tapi konvoi hantar kakak ke rumah mertua... hihi^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. he3 berkonvoi jgak 2 :) hak r best sgat deno..nk2 kalau ramai yg join..

      Delete