Fais-SKA

Monday 16 September 2013

Sukan Di Hujung Minggu

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Hari Malaysia dari SKA, harap pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera, inshaa'Allah. Hujung minggu adalah hari yang best kan? Di tambah pula cuti Hari Malaysia harini. Sempena cuti ni, blog SKA pun cuti sekejap, mata ambe pun dapat berehat dari mengadap laptop je. Terima kasih yang mana sudi tinggalkan jejak dan jenguk ke blog SKA, inshaa'Allah lepas ni ambe blogwalking ke blog korang pulak.

Cuti hujung minggu ambe kali ni layan sukan di channel Astro Sports je, banyak live sukan yang best-best. Hari sabtu baru-baru ni sempena Pesta Bola Merdeka, pasukan bola sepak Malaysia telah mengalahkan pasukan bola sepak Myanmar dangan keputusan 2-0. Tahniah ambe ucapkan kepada skuad bola sepak Malaysia =). Persembahan yang ditunjukkan memang terbaik. Dua gol dari pemain kelahiran Sabah iaitu Rozaimi dan Junior Eldstal. Tak lupa juga saingan  BPL dan Liga BBVA, yang bestnya kali ni dapat tengok pemain baru bagi kesemua pasukan, ternyata banyak persembahan menarik yang ditunjukkan.

Bagi persaingan MotoGP pula, tahniah ambe ucapkan kepada Zulfahmi Khairuddin yang berjaya mendapat tempat ke6 dalam kategori Moto3. Harap perlumbaan di Sepang nanti dapatlah naik podium. Tahniah juga buat Azlan Shah yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam kategori Moto2. Walaupun tak berada dalam kedudukan point, harap dapat buat yang terbaik lagi lepas ni. Untuk pengetahuan korang, Malaysia adalah negara Asia yang ke-3 terbaik dalam sukan permotoran, ambe bangga dengan pencapaian anak muda Malaysia =). Harap tahun-tahun akan datang dalam masuk dalam kategori MotoGP pula.

P/s: Ambe ni minat sukan, kalau boleh macam-macam tentang sukan nak cerita dalam blog ni =). Tapi ambe tahu tak semua pembaca minat sukan, jadi perlulah seimbang dan selitkan seringkas mungkin bab sukan. Happy blogging semua dan Hidup Malaysia!!!..Wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

39 comments:

  1. selamat hari malaysia faiz..=D

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Malaysia.. Wah Pasukan Harimau Malaya menang 2-0.. Bagus Tahniah..

    ReplyDelete
  3. macam tau2 jer anakanda ni bunda tak minat sukan...mana tau?.. pepun TAHNIAH untuk squad HARIMAU MUDA... MAJU SUKAN UNTUK NEGARA...selamat Hari Malaysia..

    ReplyDelete
  4. selamat hari malaysia...:) majulah sukan untuk negara..:)

    ReplyDelete
  5. Sy tgok perlawanan Harimau Muda jer.
    Itu pun org kt rumah ni sibuk nk tgok
    Selamat hari Malaysia juga :)

    ReplyDelete
  6. tak minat sukan , dan susah nak bersenam...cepat penat...hehehe

    ReplyDelete
  7. tahniah buat pasukan harimau muda..aummm!
    selamat hari malaysia fais
    done isi 3 tabung fais
    kalau free, jemput LIKE post ni:

    LIKE SINI

    TQ :)

    ReplyDelete
  8. Selamat hari malaysia & selamat berehat

    ReplyDelete
  9. tahniah malaysia..
    Tahniah Azlan Shah..
    Tahniah Zulfahmi..!! :D
    eiqa kenal dua2x tuu, vroom vroomm :D

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Malaysia Fais :)

    ReplyDelete
  11. hihi...cik akak boleh tidur kalau sukan je yang dik publish...hihihi..:)

    ReplyDelete
  12. Selamat hari malaysia ke 50 Fais..and have a good holiday ya..

    ReplyDelete
  13. selamat hari malaysia :)
    betul tu f@is tak semua orang suka suka..tapi tak semua jugak tak suka hehe

    ReplyDelete
  14. setiap orang pasti ada minat masing-masing.. akak kalau sukan tak fanatik sangat..
    p.s: selamat hari malaysia.. :D

    ReplyDelete
  15. Salam.

    Akak la tu termasuk dalam kategori kurg minat sukan,hahahahh

    Prefer aktiviti rekreasi..mcm mendaki,kayak,memanah, benda2 cmtu lah fais :)

    Tapi kalau fais tulis ringkas mcm entry ni, ok je. At least tahu juga serba sikit perkembangan bidang sukan.. ^_^

    ReplyDelete
  16. Hmmm sama la mcm suami akak serta adik2 lelakinya..aktif bersukan dalam tv..sambil tido depan tv..haaha

    ReplyDelete
  17. selamat hari malaysia :)
    sport??errkk..xminat laa hehe ;)

    ReplyDelete
  18. Rakyat Malysia semua bangga dengan kemenangan Harimau Muda tempoh hari..tahiniah diucapkan...sukan?Wanie minat jugak, tapi dah slow sikit bila dah makin tua nie..hihi..patutnya makin tua makin bersukan..huhu..:D
    P/S:Semoga Malaysia terus aman...

    ReplyDelete
  19. selamat hari malaysia ! semua bercuti harini. hehe
    lama xtgk channel sukan :)

    ReplyDelete
  20. selamat hari malaysia dik!!!!.........

    ReplyDelete
  21. selamat hari malaysia fais.
    tapi aku tetap nak ckp chelsea kalah. :D

    ReplyDelete
  22. Selamat hari Malaysia Fais...
    Majulah sukan untuk negara, esok sambung pula dgn Piala Malaysia ye...

    ReplyDelete
  23. Selamat Hari Malaysia Fais. Saya pun suka tengok sukan, tapi memang tak reti nak main.

    ReplyDelete
  24. slmt hari malaysia... oho! sy suka tgk kartun..ekkekeke.. kalau sukan ..suka tgk badmintn.. ehhexD Bola x berapa nak ngam... xD ekekke

    ReplyDelete
  25. salam fais.Selamat Hari Malaysia.owh ok jugak kalau kadang2 fais selitkan entri tentang sukan.bolehlah kak lea berlagak sikit dengan bos dan officemate lelaki.depa suka betul sembang sukan...he3...


    p/s-->fais nanti kak lea singgah nak komen entri lain2 tau,ni baru balik dari senawang,sepupu tunang huhu...

    ReplyDelete
  26. selamt hari malaysia..baca entri sukan best juga bro..:)

    ReplyDelete
  27. alamak, bola jeryg boleh masuk pun..ehehe moto2 ni dh kurang :)

    ReplyDelete
  28. selamat hari malaysia :) !!!tahniah kepada semua

    ReplyDelete
  29. selamat hari malaysia..tahniah malaysia...

    ReplyDelete
  30. Selamat Hari Malaysia bro faisss. Congrats utk semuaaa, walaupun nis xminat sukan. Hihi

    ReplyDelete
  31. ingatkan sukan btl2..rupanya di astro je...haaha..
    selamat hari malaysia..lmbat cket ngucapnye.. :D

    ReplyDelete
  32. Ingatkan tuan blog ini pegi bersukan di hujung minggu.. rupanya di tv semata-mata. hehee

    ReplyDelete