Fais-SKA

Showing posts with label Asal. Show all posts
Showing posts with label Asal. Show all posts

Monday 15 July 2013

Korang Asal Mana ye??

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari SKA =). Alhamdulillah, hampir seminggu dah kita berpuasa kan, cepat betul masa berlalu. Semoga hari-hari kita yang akan datang lebih baik dari semalam, in.shaa.Allah. Ambe nak tanya korang sikit boleh?? Kira macam banci la, 2 soalan je tak banyak pun. Ambe nak tanya, korang asal dari negeri mana & sekarang tinggal/menetap di negeri mana??. Saje je tanya ni, niat ambe suci & bersih lagi, cuma nak tahu je. Walaupun kita sama-sama blogger tapi ambe tak kenal pun korang dari negeri mana. Mana tahu esok-esok ambe kahwin, senang nak jemput..hehe, tak pun boleh jadi tour guide ke, atau yang buat bisnes sendiri tu, boleh jugak ambe singgah kat kedai korang, boleh minta diskaun 90% =).

Terengganu
Kedah
Macam ambe, asal negeri Kedah, tapi sempat merasa 2 tahun tinggal kat kedah. Lepas tu kena ikut berpindah ke Terengganu sebab ayah kerja kat Kerteh. Rumah family memang dekat dengan mcD dan Mesra Mall Kerteh. Dua negeri ni ambe sayang sangat dan memang negeri yang best, jomlah melawat Terengganu dan Kedah, mesti syok punya =). Tu jelah serba ringkas ambe kongsikan, korang pulak??????



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)