Fais-SKA

Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Thursday 12 September 2013

Drama Pendek Dunia Lola

بسم الله الرحمن الرحيم

Dunia Lola

Terasa berbunga-bunga dan ceria je entri kali ni haha . Sebenarnya ni perkongsian untuk korang juga =). Pernah tengok drama pendek Dunia Lola??. Kalau tak pernah dan ingin menonton drama ni, ambe akan share link di akhir entri nanti. Korang boleh la download atau tengok online je. Dunia Lola adalah drama pendek dalam rancangan Hijabista di Astro Ria pada bulan Mei baru-baru ni. Slot drama Dunia Lola ni tak sampai pun 10 minit dan hanya 13 episod. Terkilan jugak sebab 13 episod je, lagipun jalan cerita akhir drama ni agak tergantung. Hampir sebulan ambe menunggu next episod, last-last check baru tahu ada 13 episod je =.="


Kisah Seorang Blogger

Apa yang bestnya, drama ni mengisahkan tentang seorang blogger dan pelakon utamanya pun seorang blogger (Nur Amirah Filzah). Blogger ni pernah direview oleh blogger bro Hasrul Hassan di blognya. Ambe terjebak tengok drama ni sebab adik yang bagitahu, kebetulan masa tu menunggu waktu berbuka di bulan Ramadhan. Drama ni bagi ambe best, sebab selain bercerita tentang tips-tips (Hijab dan Sunsilk) untuk remaja perempuan, ada juga selit kisah kehidupan keluarga, kawan dan pelajarannya sendiri. Ada pengajaran dalam drama ni, antaranya.. keputusan exem Lola merosot teruk sebab terlalu fokus pada blog, salah faham dengan kawan, krisis dengan teman lelaki dan banyak lagi la.


Gambar kat atas ni adalah barisan pelakon Dunia Lola, pasti korang pernah tengok kan??. Alhamdulillah sejuk je mata kalau tengok drama ni, lagipun semua wanita berhijab. Ni lah di katakan rezeki seorang blogger, bila dah berhijab pasti rezeki bertambah murah. Tapi ada je golongan manusia kat luar sana yang tak puas hati, ambe baca komen-komen negative kat YouTube pun dah tergelak, memang susahlah nak puaskan hati semua orang. Apa pun fikir positive jelah, semoga terus sukses Bloggers Malaysia =). Setakat ni jelah perkongsian ambe dengan korang/pembaca, nak tahu lebih lanjut boleh la ke blog Nur Amirah Filzah sendiri. Wassalam..

Seperti dijanjikan, ambe kongsi link episod Dunia Lola kat sini ~> 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)