Fais-SKA

Showing posts with label Dunia Fais-SKA. Show all posts
Showing posts with label Dunia Fais-SKA. Show all posts

Friday 1 November 2013

Rahsia Allah Di Bulan November

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam 27 Zuhijjah kepada semua pembaca setia blog SKA. Alhamdulillah dah masuk bulan November 2013, permulaan yang baru untuk bulan ni. Pantas betul masa berlalu, pasti anda pun perasan kan. Alhamdulillah, lagi beberapa hari kita nak sambut Awal Muharram, seronoklah cuti kan hehe. Sekarang masih di awal bulan November, pertengahan atau di penghujung bulan November belum tahu lagi macam mana, semua tu adalah rahsia Allah. Sama-samalah kita berdoa agar segala urusan pada bulan November dipermudahkan Allah.

Di kesempatan ini ambe nak minta maaflah kepada pembaca atau blogger yang terasa dengan ambe. Tak kiralah terasa dengan apa benda sekalipun. Yang mana ada silap tu ambe minta maaflah, bimbang juga kalau ada yang terasa dengan ambe sebelum ni. Jika ada sekiranya ambe tak follow blog anda, tinggalkan link di shoutbox, jangan lupa LETAK LINK SEKALI. Supaya senang nak blogwalking balik. Bila ambe tak dapat follow balik blog anda, tu maknanya ambe tak jumpa link blog, harap sedar dan ubahlah yang mana patut, senang mana-mana blogger nak follow blog anda. Biasanya ambe tak kisah pun bab follow kembali ni.


Lepas ni aktiviti blogwalking mungkin terpaksa perlahankan sikit sebab ambe ada masalah pada mata. Minggu lepas ambe perasan mata sebelah kanan agak silau bila tengok laptop lama-lama. Mungkin sebab tak jaga jarak penglihatan dengan laptop kot, sebelum ni jarak mata ambe dengan laptop dua jengkal je, lepas tu mengadap laptop sampai 3/4 jam hoho (mohon jangan tiru). Inshaa'Allah, blogging tetap diteruskan, cuma kurangkan sikit je, yang mana ambe tak sempat atau terlambat blogwalking, awal-awal lagi ambe nak minta maaf. Selamat berhujung minggu kepada semua, jaga diri anda baik-baik yup =) wassalam.

P/s: Alhamdulillah...ambe nak ucapkan terima kasih sangat kepada yang sudi support blog SKA. Semoga anda semua dirahmati Allah selalu..Amin... Jazakumullah Khairan Kathira =).


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 29 October 2013

Aku Sayang Kau, Tapi Kau Tak Sayang Aku

بسم الله الرحمن الرحيم

Selum hilang dari pandangan mata ambe, biarlah ambe tenung dulu sepuas-puasnya. Cukuplah dengan belaian dan kasih sayang yang ambe diberikan selama ni, kau pun tidak diperlukan lagi. Sedih pula ambe tengok kau, tapi kau tak sayangkan ambe. Nak buat macam mana kan, dah takdir Allah. Sekarang tiba masanya ambe bungkus kau elok-elok dan simpan di dalam stor. Jika ada rezeki lebih, engkau pasti akan diduakan satu hari nanti inshaa'Allah. Sekarang i dah tak boleh lap-lap u sampai berkilat seperti dulu =.=".

Kemalangan Pada Bulan Januari 2013

Terlebih sketsa pula kat atas tu hehe, apa yang ambe maksudkan di atas ialah ekzos motorsikal moped ambe yang rosak akibat eksiden bulan 1 tahun ni. Kalau korang tengok muffler ekzos kat gambar di atas, hampir 80% kemek. Nak pergi ketuk bagi jadi asal balik memang mustahil la, sebab material muffler ni bukan besi atau zink. Hampir 3 tahun ekzos ni bersama ambe, memang terlalu sayanglah, sehinggakan kawan nak beli pun ambe tak jual. Masa eksiden dulu, walaupun kaki kanan patah, ambe cuba juga berdiri nak pergi angkat motorsikal, tapi kedudukan ambe tercampak tu jauh dari motorsikal, terpaksalah baring kembali untuk jaga kaki agar tidak bergerak. Sempat jugalah masa tu ambe pesan kat jiran minta dia bawa balik motorsikal ke rumah. Last-last kena angkut pergi balai huhuhu. Hampir sebulan jugalah motorsikal ambe kena tahan kat balai.

Yoshimura Tri-Oval Untuk Yamaha 135LC

Gambar di sebelah adalah keadaan ekzos motorsikal ambe yang asal. Memang ambe balut muffler ekzos ni dengan pelekat carbon. Ekzos ni adalah jenis Yoshimura Tri-Oval buatan jepun. Ambe beli pun atas nasihat kawan yang sama-sama minat sukan permotoran. Pada mulanya agak berat hati ambe nak beli, tapi atas dasar minat dan ingin mencuba, terpaksalah korbankan sedikit duit simpanan. Harga ekzos ni adalah yang termahal untuk kategori moped, ambe beli pada tahun 2010 dengan harga RM700. Ekzos Yoshimura ni memang ekzos khas yang dicipta untuk motorsikal berkuasa tinggi, tetapi ianya juga telah mengeluarkan ekzos khas yang sama untuk kategori moped, begitu juga dengan jenama seperti Leo Vince. Dari segi prestasi dan bunyi memang terbaik. Tidak menghampakan dan berbaloilah walaupun agak mahal. Tapi semua ni hanya tinggal kenangan, ambe pun dah rasa patah hati dengan keadaan motorsikal ambe sekarang. Mungkin lepas ni bagi perhatian kat kereta la pula, inshaa'Allah lebih selamat. Nak beli motorsikal berkuasa tinggi seperti bro Harith dan bro Sop memang tak mampulah. Cukuplah guna ape yang ada, yang penting ikut kemampuan dan bajet sendiri, betul tak??. 


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 8 October 2013

Kenali Serta Check Blog Anda

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam agak kelam kabut ambe dengan blog SKA ni, sampai hang blog dibuatnya, last-last terus pangkah blog sendiri. Alhamdulillah sekarang blog dah kembali normal. Kalau ada yang perasan pelik pada blog ambe semalam, sila abaikan. Semalam nak blogwalking tak dapat, jadi ambe habiskan masa cuba check domain blog dan baca entri di blog HH (Hasrul Hassan). Sebenarnya saje nak tambah ilmu blogging dari blog beliau. Rupanya banyak benda yang nak kena terokai, baru boleh jadi blogger yang hebat dan berjaya.

Nak jadi blogger hebat kenalah serius dan ada niche tersendiri, macam ambe serius juga tapi blogging ni lebih kepada hobi je, entri pun bercampur aduk sekali. Takpelah, memang niat ambe dari awal nak ada blog untuk simpan cerita kenangan diri sendiri. Mana tahu satu hari nanti anak, cucu, cicit nak baca haha. Yang penting ada perkongsian entri yang boleh sumbangkan trafik berterusan. Nak ilmu blogging jangan lupa terjah blog HH, tips yang diberikan senang nak faham. Semalam teringin pula ambe nak check blog SKA ni. Jum check blog.

Alexa Rank


Rasanya ni dah dua kali ambe check ranking Alexa. Alhamdulillah walaupun nombor tu agak besar, tapi puas hati dengan pencapaian blog ni, nampaknya ranking tu makin baik. Inshaa'Allah boleh la check lagi untuk bulan depan. Siapa yang nak check boleh klik SINI. korang pun boleh tahu rangking Alexa blog korang. Psssttt..memang blog SKA ni tak boleh lawan blog korang, ambe tahu korang memang terbaik =).

Check My SEO - chkme


Seo Tools untuk check SEO, kalau nak check blog korang mesra SEO atau tak, cubalah tengok score yang diperoleh nanti. Nak check boleh klik SINI & SINI. Ambe dapat 89% je, tu pun bila dah ubah apa yang perlu. Dari entri blog HH dapatlah sedikit ilmu tentang SEO ni, jika blog mesra SEO, secara automatik blog korang mudah berada di enjin carian. Pasti trafik blog pun akan meningkat dan mesra pembaca.
Kalau korang tengok gambar kat atas ni, ambe ada sedikit masalah dengan H1 tag, ada sesiapa boleh terangkan tak macam mana nak selesaikan masalah ni?? Ambe dah cuba baca di entri blog HH, tapi kurang faham. Harap yang tahu, sudi-sudilah bantu macam mana nak bagi H1 tu bertukar good.

Securi SiteCheck


Alhamdulillah blog SKA ni bersih dari sebarang malware dan error. Pasti ramai yang dah tahu tentang check malware untuk blog kan. Salah satunya Securi SiteCheck, bukan sekadar untuk cek malware je, tapi untuk check blacklisting status, website errors dan out-of-date software. Nak cek boleh klik SINI. & SINI.

Website Speed Test


Berdasarkan keputusan loading blog ni, takdelah berat sangat. Selagi tak melebihi 150kb okeylah kot. Ambe pun tak tahu dah nak buang widget ape lagi. Kalau line internet korang laju, blog yang lambat loading pun okey jekan. Tapi seelok-elokkan cubalah meminimakan loading speed blog korang. Nak check boleh klik SINI. Kebiasaannya pembaca tidak suka menunggu terlalu lama, jadi fahamilah pembaca/pengunjung blog anda.


P/S: Alhamdulillah, ni jelah yang sempat ambe kongsikan. Sebenarnya banyak lagi yang korang boleh check tentang blog korang, seperti check status domain dan artikel di Ping Blog. Ada juga blogger yang guna Webmaster Tools, memang banyak kelebihannya, ambe pun masih belajar lagi tentang ni. Kalau ada yang tertinggal, sudi-sudilah tambah =). Inshaa'Allah sama-sama berkongsi ilmu. Kalau rajin, silalah check domain blog korang. Semoga bermanfaat, wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 7 October 2013

Tinggalkan Jejak Selalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila on blog je, macam biasalah, pasti tidak ketinggalan untuk blogwalking dan terbitkan entri baru. Entah macam mana tertarik pula dengan soalan sis Efa ni, haha nak tahu rahsia ye??. Kalau blogger yang dah lama bersama blog SKA pasti diorang tahu kenapa ambe ada masa untuk blogwalking. Sebenarnya takde rahsia, ambe ada masa ni pun sebab kesihatan kaki yang tak berapa baik. Inshaa'Allah tahun baru nanti, mungkin kehidupan baru buat ambe. Kalau nak rahsia, cuba tanya blogger Mama, kak Aiza, bro BM, kak Mia, Deno, cik Akak, kak Kathy dan cikgu Helmi. Diorang ni ada kerjaya sendiri, tapi rajin terbitkan entri dan blogwalking. Cubalah tanya, psssttt..minta rahsia sekali ye hehe.

Blog Sekadar Hobi

Bagi ambe blogging ni sekadar hobi je, bila ada masa ambe akan online, kongsi entri dan blogwalking. Walaupun banyak terperap kat rumah, kerja tetap ada. Alhamdulillah ayah ambe ni memahami, ada bagi kerja untuk cek drawing dan buat report. Walaupun tak sama bidang, ambe cuba belajar agar tak bosan, yang penting masyuk hehe. Alhamdulillah, dengan keadaan sekarang, ambe dapat juga fokus pada blog dan dapat kenal ramai blogger hebat serta sporting. Nak tahu siapa?? Tentulah anda semua =).

Apa yang berlaku ada hikmahnya kan, kalau tak.. blog SKA ni tetap macam dulu, dua tahun followers baru 7 orang dan trafik pun tak naik-naik. Kita merancang, Allah pun merancang, tapi perancangan Allah tu lebih baik. Macam ambe, kalau blogwalking pasti ambil masa lebih 3jam. Kalau syok sangat baca entri, kadang-kadang 3jam pun tak cukup, yang penting jangan sesekali lalai. Nak blogwalking ni tak boleh paksa diri, inshaa'Allah yang sempat tu, kita cubalah tinggalkan jejak. Semoga bermanfaat, happy blogwalking dan happy blogging.

P/s : Salam 1 Zulhijjah, sekejap je masa berlalu kan. Selamat beristirehat di hujung minggu =)
Maaf tak sempat lagi nak blogwalking, ada kerja sikit, inshaa'Allah lepas ni yup.
Jazakumullah Khairan Kathira..


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Thursday 3 October 2013

Salah Ejaan Boleh Memalukan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ni ambe nak kongsi tentang salah ejaan, bukan nak tuju pada sesiapa, tapi untuk diri sendiri. Apa yang ambe perasan, bila tengok balik komen yang pernah ambe ditinggalkan pada blog orang lain, banyak betul yang salah ejaan. Sampaikan nak baca komen sendiri pun tak faham =.=". Siapa yang pernah kena tu ambe mintak maaflah, harap takdelah yang pening hehe. Perkara macam ni ambe tak sengaja, kadang-kadang bila nak komen je fikiran melayang entah kemana, secara automatiknya dah salah ejaan kat situ. Satu lagi mungkin sebab ambe ni bajet pro kot, bila menaip memang tak tengok keyboard. Apa yang ditaip hanya tengok pada skrin laptop je. Kalau ambe masih online awal pagi, memang gelap tak nampak ape dah kecuali cahaya skrin laptop. Pro tak?? Hahaha..

Ejaan yang betul penting bagi pembaca untuk faham. Kalau korang pernah tengok entri, komen atau di mana-mana je yang ada salah ejaan janganlah kutuk pula, seeloknya tegurlah dengan baik. Mungkin ianya tak disengajakan. Cikgu di sekolah pun tegur elok-elok kalau anak muridnya salah ejaan, mungkin sedikit marah kalau kesalahan ejaan ni kerap berulang. Samalah juga macam menaip entri/artikel yang akan diterbitkan. Pasti kita akan buat pemeriksaan ejaan berulang kali, kalau ada yang tersalah eja pasti malu, betol tak??. 

Macam ambe pun sama juga, ejaan tu yang penting. Bab ayat terpulang kepada individu, nak bersahaja atau sebaliknya. Untuk satu entri, paling kurang ambil masa 30 minit ke 1 jam. Bila tak puas hati, tukar ayat balik, kalau ada kesalahan lagi cuba perbetulkan sampailah ok. Lainlah kalau entri Wordless Wednesday, cuma letak gambar untuk buat pembaca berfikir. Ilmu ni luas, memang tak pernah habis untuk kita belajar. Sama-samalah kita perbaiki ape yang kurang. Selamat membaca dan happy blogging semua, wassalam.


P/s : Kalau salah ejaan pasti malu besar kan? Pernah baca entri kat 1 blog ni, entri pengalaman sms bos sendiri. Perkataan 'saya' boleh pula tertukar jadi 'sayang' =.=", haha kan dah malu =).


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 30 September 2013

Hamba Insan Yang Lemah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera dari SKA kepada semua pembaca, macam mana kehidupan seharian anda hari ini?? Harap semuanya dalam keadaan baik sahaja. Hari ini merupakan hari yang terakhir kita dalam bulan September 2013, esok dah masuk bulan Oktober. Cepat betul masa berlalu kan, agak-agak ape khabar iman kita pada bulan ni?? Tepuk dada tanya iman. Alhamdulillah bulan ni banyak entri yang ambe terbit berbanding bulan-bulan sebelum ni. Banyak pula masa ambe habiskan layan blog SKA ni. Terasa syok pula berblogging bila kita saling kenal dengan blogger-blogger lain. 

Sebenarnya ambe nak mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terasa dengan ambe. Tak kiralah terasa dengan entri blog ni, cara ambe komen kat blog anda, terlebih gurau, tak follow atau tak terjah blog anda. Kadang-kadang benda macam ni ambe bimbang juga sebab ada sesetengah blog yang mengadu macam-macam. Sebelum terjadi kat ambe, lebih baik mohon maaf awal-awal. Jika ambe tak follow blog anda, sila tinggalkan link blog di shoutbox. Kadang-kadang yang takde link blog nilah susah kita nak terjah balik. Jika kata ambe ni sombong, jum kita jumpe depan-depan, boleh juga ambe belanja makan keropok lekor hehe.

Kadang-kadang ambe ni terlupa, kadang-kadang ambe ni lambat terjah blog anda. Ambe minta maaflah, perkara macam ni bukan disengajakan tetapi tengok atas keadaan. Harap ada yang faham. Ada masa, pasti ambe blogwalking ke blog-blog yang pernah ke blog SKA ni. Sebarang teguran dan cadangan yang membina, inshaa'Allah diterima dengan hati yang terbuka. Jazakumullah khairan kathira. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 10 September 2013

Nikmat Keluar Makan Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari F@is SKA, ambe harap korang sentiasa sihat disamping orang tersayang ..inshaa'Allah =). Alhamdulillah masih dapat layan blog ni, sekarang nak online sangat pun tak dapat sebab hujan berserta guruh dan kilat. Ape pun beringatlah dahulu sebelum kena kan. Sebelum tu ambe nak ucap terima kasih kat korang yang doakan ambe kaya hehe. Alhamdulillah..mana tahu kot-kot makbul doa korang semua inshaa'Allah. Ambe pun doakan supaya rezeki korang murah dan diberkati Allah selalu =).


Malam sabtu baru-baru ni, ambe 1 keluarga keluar makan bersama di Pizza Hut Dungun. Sebenarnya dah lama tak keluar makan bersama, nak-nak dalam keadaan ambe yang bertongkat. Memang tak suka sangatlah nak keluar bila bertongkat, bimbang terjatuh je. Sebab last keluar dengan kawan pergi pasar Payang ambe terjatuh depan public. Haha bangun je..terus cover, malu kot sebab nak lompat divider tak lepas dan tongkat tersangkut kat divider tu. Awatlah pi buat tinggi sangat diviver, kecian kat golongan macam ambe ni hoho. Nasib baiklah takde ape-ape.

Atas permintaan keluarga, gagahkan juga diri ni keluar makan bersama. Walaupun Pizza bukan menu kegemaran, demi ibu dan adik yang tengah mengidam, ambe ikut jelah. Korang suka Pizza?? Ambe ni cepat muak dengan roti dan keju yang banyak. Sampai kat Pizza Hut Dungun pun dah pukul 10.15pm, masa tu yang ada pun cuma 3 keluarga yang tengah menjamu selera. Kitaorang kiranya keluarga yang last la masuk makan. Pukul 10.40pm tinggal keluarga ambe je yang menjamu selera, time tu 1 pizza dah sampai, yang 1 lagi terpaksa tapau bawa balik. Segan kot makan sambil diperhatikan pekerja kat situ. Tahulah diorang dah puas makan Pizza, tapi macam tak sabar-sabar nak kemas meja kitorang je.

Haaaa..tengok, takde orang dah =)
Hehe..siap makan ambe tolong kumpul dan kemaskan untuk diorang, kecian..macam tak sabar nak balik je semua pekerja Pizza Hut ni =). Jam pun dah pukul 11pm lebih masa tu, alhamdulillah kenyang perut suka hati. Sampai kat rumah pulak, makan lagi yang tapau punya..hehe kerja makan je malam tu. Seronok keluar makan bersama keluarga, sebab kita akan duduk semeja, bukan senang nak boleh kumpul semeja macam ni, ada je benda yang nak dibualkan. Hargailah keluarga kita yang masih ada, Alhamdulillah...Wassalam =)


“Baragsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali-silaturrahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturrahim.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Saturday 7 September 2013

Kalau Aku Kaya

بسم الله الرحمن الرحيم


Bestkan lagu Awi Rafael feat Altimet ni. Walaupun lagu lebih kepada santai, tapi lirik lagu ni kalau kita faham betul-betul banyak positifnya =). Ada sesetengah pihak mengatakan lagu ni hina Menteri, yang peliknya tang manalah menghina Menteri ye??. Kot-kot diorang ni makan cili, sebab tulah terasa pedasnya hoho. Ambe suka lirik lagu ni sebab ada part utamakan mama, keluarga dan jiran tetangga. Kalau ambe pun akan utamakan ibu ambe juga, tak kiralah kaya atau tak, tetap utamakan keluarga =).

Kalau ambe kaya, ambe nak tolong golongan muda kat luar sana yang nak kahwin. Ramai sangat yang tak kahwin sebab ada masalah ekonomi. Zaman sekarang dah macam jual anak pun ada. Tup-tup anak buat maksiat, sama-sama tanggung dosa, menyesal pun dah tak guna kan. Ehem-ehemm..doa-doalah ambe kaya yup hehe, nanti ambe taja semua perkahwinan yang korang nak, pasti tak jadi dah seperti gambar kat bawah ni. Semua orang boleh kahwin dan berkeluarga =).


Haha lari terus =) Nak tanya, memang mak ke yang tentukan hantaran?? 

P/s : Kaya dan miskin adalah ujian dari Allah, hidup kita kat atas muka bumi ni memang tak dapat lari dari ujian Allah. Takpelah tak kaya harta dunia pun, yang penting kaya iman dan di akhirat nanti =). Wassalam



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Tuesday 23 July 2013

Header Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam 14 Ramadhan dari SKA, syukur alhamdulillah dah masuk 2 minggu kita berpuasa, sekejap je masa berlalu kan =). Entri kali ni ambe nak ucap terima kasih sangat-sangat kepada cik Lana kerana sudi bagi header yang ohsem bertemakan bulan Ramadhan. Walaupun dah masuk separuh bulan Ramadhan, tapi takpe, header tu ambe dah gam baik punya kat atas tu ha. Jangan tanya kenapa ada bunga rose, sempena ramadhan ni kenalah hati berbunga sikit, tak boleh la rock jekan hehe, teringat pula lagu rose Lee hi =). Alhamdulillah 1st. time ambe dapat header dari blogger, rasa macam menang segmen pun ade ahakkk.

Sekarang ambe dah ada 6 header, termasuklah yang terbaru ni. Walaupun ambe ni tak sekreatif mana nak design, tapi menjadilah jugak header yang tak seberapa ni. Bawah ni ambe listkan header blog SKA mengikut turutan, ni 6 yang ok, yang tak menjadi jangan cakap la, rasanya dah berbelas kot.














Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 3 July 2013

Ajal & Maut Rahsia Allah

بسم الله الرحمن الرحيم



Salam dari SKA =). Jum tengok video yang ambe share ni, jangan bimbang, video ni sesuai untuk tontonan umum. Memang betul la, kalau Allah dah tetapkan nyawa seseorang tu panjang, apa yang terjadi pun kat dia, nyawanya tetap panjang. Tengok babak ke 4.05, sama macam ambe eksiden. Tapi dia best lagi sebab motor vs kereta, ambe motor vs motor je. Yang hairannya dia ok je, lepas tu boleh pulak bangun dan siap maki-hamun lagi orang yang langgar dia haha....Subhanallah =)

P/S : Walaupun kita ni dah berhati-hati, kalau orang lain tak berhati-hati, susah jugak tu. Senang cakap, kalau dah ajal kita sampai, tetap akan pergi jua. Yang penting keluar rumah baca doa dan mengucap siap-siap yup =) Wassalam.

Pesanan buat diri sendiri -.-



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Sunday 23 June 2013

Capai Target 2013

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam syaaban dari SKA buat semua, harap hujung minggu korang diisi dengan akitviti yang berfaedah =). Bila ambe tengok blog SKA ni kan, sedih pun ada, takpe tahun ni ambe harap blog SKA dapat lah capai target 100 entri. Hahaha target ambe sebenarnya ni, segan juga bila tengok jumlah entri tak cecah pun lagi 100, padahal dah 2 tahun++ ambe dalam dunia blog. Time blogwalking je, mesti nak bandingkan jumlah entri blog korang dengan blog SKA ni. Maju betullah la korang, ambe pula rasa ketinggalan (salute-salute).

Nampak tak??. Baru 86 post + entri yang ni = 87, agak-agak boleh ke capai target 100 entri tahun ni?? 
Jentik pipi tanyalah diri sendiri.


Walaupun baru 87, nampak tak peningkatan pada gambar kat atas ni??. Hehehe ok la tu tahun 2013 makin meningkat, in.shaa.Allah harap makin meningkatlah untuk tahun-tahun akan datang. Selagi tak lalai dari kehidupan seharian sebagai hamba Allah, boleh la nak blogging lagi =). Act tahun 2011 dan 2012 tu ambe jarang sangat online, mungkin sebab kerja, so sibuk je memanjang dekat site. Time tu pun tak minat sangat nak online, apatah lagi idea untuk update blog, kepala sentiasa ingat drawings dan plans je. 

Sekarang tengah cuti panjang, rasa seronok la sikit nak layan blog. Idea pun adalah daripada takde langsung, kalau takde tak jadi hal la. GA dan Segmen sentiasa ada kan. Terima kasihlah yang pernah tagged ambe untuk join Segmen atau GA. Kalau syarat senang dan ada masa confirm ambe join, kalau kena like banyak-banyak dan kena tunggu loading bagai in.shaa.Allah dipertimbangkan. Ape pun happy blogging semua, jum capai target =). Semoga bermanfaat, wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 27 May 2013

Rehat, Rehat & Rehat Jelah.


Salam dari SKA buat semua =) harap korang sihat-sihat selalu (In.Shaa.Allah). Alhamdulillah masih bernyawa lagi, tapi 2 hari ni badan rasa lemah dan kepala pening je. Tambah pulak tersalah bantal harini, sakit urat-urat tengkuk hahaha. Nak buat something pun terbatas je, takpelah ujiankan penghapus dosa, ni pun kejap je on9. Teringin nak terjah blog korang dan baca entry-entry korang yang ohsem tu. Dapat jugak terapi diri senyum sorang-sorang depan laptop =). Sorilah kalau ambe tak sempat nak terjah blog yang lain, next time deh. Cuaca sekarang ni tak menentu, harap-harap ambe tak demam la, bimbang jugak takut ada effect dengan kaki. Cuba jelah bertahan sedaya upaya agar tak demam. Selasa ni nak kena X-ray dan check kaki kat Hospital Besar Terengganu, korang nak join jum la hehehehe. Harap dapat berita baik dari doktor. Wassalam =)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 24 May 2013

1 Hari Nanti


Salam Jumaat dari SKA buat semua, harap korang sentiasa sihat dan positif selalu (in.sha.Allah). Pejam celik, pejam celik, rasa cepat betul masa berlalu. Tup-tup dah hari jumaat kan, hari yang bermakna bagi orang Islam =). Nampak tak gambar Kaabah kat atas tu??. Subhanallah sangat cantik kan. Ambe ni teringin nak ke Mekah 1 hari nanti. Bukan ambe je, korang pun mesti nak jugak kan. Sangat beruntung pulak tengok kawan-kawan yang dah pergi Mekah menunaikan Umrah. Camnelah perasaan diorang agaknya yup, mesti rasa tenang je.

Korang yang dah ada pengalaman ke Mekah buat Haji atau Umrah, kongsi-kongsilah sikit dengan ambe, camne perasaan korang?? Ada ke peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku kat sana??. Kota suci Mekah ni unik dan merupakan kota larangan. Bukan sebarang orang boleh masuk, kalau ada niat jahat je, pasti dibalas terus oleh Allah. Dah banyak sangat kita dengar kisah pelik berlaku kan. Di akhir zaman nanti pun, Dajjal serta pengikutnya di larang masuk ke kota suci Mekah dan Madinah. Betapa mulianya kota Mekah dan Madinah sehinggakan para Malaikat sentiasa menjaganya.

Jom kita pasang impian/niat sama-sama nak ke Mekah menunaikan Haji dan Umrah =). Mana tahu impian tu dimakbulkan Allah, dapat tengok Kaabah depan mata. Semoga bermanfaat dan selamat berhujung minggu. Jangan lupa amalan sunat di hari jumaat. Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 22 May 2013

Ni yang last kot =)

Salam dari SKA buat semua =) Semoga korang sihat-sihat sentiasa (in.sha.Allah). Entri ni ambe cuma nak jawab soalan yang telah ditag lagi oleh blogger Mira & Nana, terima kasih yup. Ingatkan sesi kenal-kenal ni dah takde, rupanya ada lagi hehehehe. Nak tahu 11 things about SKA boleh ke sini je. In.sha.Allah ambe cuba jawab, harap berpuas hati dengan jawapan. Wassalam =)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 13 May 2013

11 Things About SKA

Salam dari SKA buat semua, harap korang sihat selalu =). Entri kali ni nak jawab soalan Cik Dhia kat ambe. Actually tengah bosan gak ni, tak tahu nak update blog pasal ape, last-last kena tag camni ada gak modal nak letak ape dalam blog. Terima kasih la sebab tag ambe, huhuhu harap berpuas hati la dengan jawapan yang diberi =).

Rules???? taknak letak rules leh tak??? Just nak bagi jawapan tuk soalan Cik Dhia & 11 things about me je =)

(11 Things About SKA)

1- Ambe seorang yang simple je & sukakan ketenangan.
2- Boleh panggil Fais. "SKA & Ambe" bukan nama sy, ambe tu sy guna as kata ganti nama buat sy.
3- Seorang pendiam & pemalu jugak kadang-kadang (hahahaha cam poyo je).
4- Suka sangat melancong & berkonvoi.
5- Suka kumpul scale model.
6- Suka membaca fakta & artikel yang berkenan di hati je.
7- Teringin nak pergi Mekah, Madinah & Mesir.
8- Ambe suka sangat dengan seni & sukan permotoran.
9- Rapat dengan ibu berbanding ayah.
10- Teringin nak pergi bercuti 1 family (lama sangat dah tak bercuti sama-sama)
11- Teringin nak pakai Brabus Rocket hehehe. (angan-angan jelah)

(11 Soalan Dhia untuk SKA)

1- Coklat ape yang paling awak minat??
(Coklat eh? Ambe makan semua coklat yang halal & tak pahit. Paling minat Cadbury yang ada kacang.)

2- Paling suka tengok cartoon ape??
(Ambe minat Anime. Sekarang suka layan One Piece. BEST!!)

3- Dah tengok Ironman 3, best tak??
(Tak tengok lagi, minat jugak tengok movie aksi, nanti lah nak suruh mybro download.)

4- Makanan ape yang paling sedap pernah awak makan??
(Makanan yang dimasak oleh ibu saya, hehehe sedap woOoo, nak-nak udang masak lemak cili padi.)

5- Cartoon Despicable Me best tak??
(Tak pernah tengok pun lagi, tak tahu best ke tak =) ambe kurang sikit layan kartun Omputeh.)

6- Nak tengok tak cartoon Despicable Me 2 dengan Dhia??
(Hehehe kalau awak yang berlanja boleh je, tengok ramai-ramai baru best kan, nak tengok kat mana??)

7- Sepanjang awak hidup, awak pernah sekolah di mana??
(Banyak jugak sekolah pernah saya belajar, yang paling tak boleh lupa time belajar kat Ma'Had Tok Guru)

8- Siapa nama-nama orang yang awak sayang??
(Kalau nak listkan memang ramailah. Diringkaskan "Saya sayang orang yang sayangkan saya" =)

9- Pernah tengok Doremon? Komen awak tentang cerita tu.
(Kartun Doremon eh?? hehehe suka jugak layan, lagu dia best!! Kalau boleh ambe nak pintu masa dia tu, senang nak pergi mana-mana. Lau la ada betol-betol kan best huhuhuhu.)

10- Awak rasa kenapa Dhia tag awak??
(Sebab ape eh?? Ni lah soalan paling susah hehehe, maybe sebab kita sama-sama blogger & kawan =)
kan??? kan??? kan???

11- Ape komen awak tentang blog Dhia??
(Blog awak simple, cantik, cepat loading dan awak suka blogwalking =) teruskan berblog keh.)




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Saturday 27 April 2013

Sejuk Mata Dan Sejuk Hati


Salam dari ska buat semua. Harap korang sihat-sihat selalu dan dipermudahkan urusan oleh ALLAH. Ce korang tengok gambar anak kecil kat atas ni. Sejuk je mata memandang kan, sampai ke hati ni pun sejuk dan tenang je tengok dia =). Siapa yang tak sejuk mata tu, mata korang ada problem la tu, baik gi check kat hospital cepat-cepat hehehe. Sangat comel anak kecil ni, harap dia sihat-sihat selalu di samping familynya. Agak-agak dari mana asal si comel ni yup?? Kalau dia orang Palestin atau Iraq, ambe doakan dia masih hidup dan dapat istiqamah dalam Agama Islam. Sayangnya kalau ciptaan ALLAH yang sangat comel ni syahid di tangan orang yang tak berperikemanusiaan.

Bila tengok baby yang comel-comel, teringin nak ada anak sendiri. Syukur sangat-sangat kalau ada anak kan. Siapa nak bau syurga, baulah baby yang baru lahir (wangi je). Ambe ni teringin nak anak perempuan sebenarnya hehehehe, dah name lelaki, mestilah suka kat perempuan =). Tapi kan bialah dapat anak sulung lelaki, dapat jaga adik-adik dia nanti. kalau dapat kembar lagilah ambe nak. Huhuhu syukur yang teramat sangatlah kata orang. Ambe ni ada 2 orang anak saudara taw, dua-dua umur tak sampai setahun lagi (hahahaha bangga siot, padahal orang lain dah berdozen-dozen anak saudara). Meh ambe perkenalkan baby-baby yang teramat comel neh.

Haaa..yang ni anak saudara ambe yang 1st. Anak kakak kesayangan ambe. Nama diberi Nur Muhammad Haziq. Sangat comel dan bila senyum je keluarlah lesung pipit dia tu. Gambar poyo je ni, kononnya pandai pegang baby. Padahal pegang tak sampai seminit pun, cium baby je lebih =). Agak-agak nampak macam bapa mithali tak?? hak..hak..hak. Besar nanti jadi anak yang soleh yup haziq =). Sory gambar sedikit kabur, snap pakai N3310 je pun.

Ni anak saudara ambe yang ke-2. Nama diberi Syauqina Hawani. Actually ni anak kawan baik ambe. Kira anak saudara ambe jugak la kan hehehe. Ambe sayang kat baby kecil ni =). Ayah syauqina Hawani kawan baik ambe sejak umur 8 tahun lagi. Kitaorang pun dah macam adik beradik. Syauqina ni ada pipi yang tembam dan mata yang comel. Besar nanti jadi anak yang solehah yup Syauqina =).

Nak Rasulullah mengaku korang umatnya?? Ikutlah sunnah Rasulullah, kahwin dan lahirkanlah zuriat. Sesungguhnya anak tu rezeki. Bersyukurlah dengan anak yang dikurniakan ALLAH dan coraklah anak korang dengan Agama Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah =). Wassalam.


Dalam satu hadis pula, Nabi SAW amat menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Rasulullah SAW bersabda:
((تَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُم))
“Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)”
(Hadis Riwayat Abu Daud 2050, An-Nasaei 6/65, Sahih Abu Daud 1789,
Sahih Ibn Hibban 9/4056, Hasan Sahih dalam Kitab Al-Irwa’ 1784)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 1 April 2013

Terjebak



Laman sosial sekarang makin banyak dah kan, ada je yang terbaru muncul. Korang yang suke online, berbisnes dan bersosial mesti dah banyak laman sosial yang korang join especially perempuan. kan kan kan (hehehe jangan marah J). Macam ambe, terjebak la jugak dengan laman sosial tu pun takdelah serius sangat. Tapi ambe da nekad, last ambe nak berBlog je. Walaupun bukan sebagai blogger tegar.  Tapi cukuplah sekadar blog ni jadi laman untuk ambe kongsi kisah ambe. Sekurang-kurangnya ada jugak orang baca hehehehe J tQ tQ tQ, Sory law blog ambe ni tak best. Nanti bila dah ada anak & cucu, diorang boleh ke blog ambe ni.

Bercerita bab terjebak ni, 1st laman sosial yang ambe join Friendster lah. Time tu umur 20 tahun. Hehehe agak hulu kan, orang lain umur 15 tahun dah kenal benda camni. Itu pun kawan yang tunjukkan, last-last tengok cam best je terus ambe sign up J. Bila ambe perhatikan blog, teringat kat Friendster. Lebih kurang jekan, boleh tukar background & letak lagu bagai. Ni citer dulu-dulu, sekarang ambe pun da lupe password. Semuanya tinggal kenangan. Kalau tak silap ambe, time tu Friendster ni bersaing dengan Myspace & Tagged.

Time ambe belajar dulu, kat rumah sewa dapat wifi free. Time tu memang syok habis la dapat online. Lepas je dinner, penuhlah dengan makhluk Allah di balcony tengah online. Yang ni bab YM pulak (Yahoo Massanger) J. Dah join Friendster, ambe join Ym pulak. Ni pun ambe belajar dari kawan, lagipun time tu tengah kenal ape itu cinta & jiwang. Mulalah adegan bercinta dalam Ym sambil berchatting, hehehehe tak matang lagi time tu. Tapi sekarang dah lama ambe tak buka Ym. Orang sekarang pun dah mula suka dengan Skype kn. Ambe ni tak tahu sangat sebab ambe takde skype, rasanya sama je kot fungsi cam Ym.

Facebook a.k.a mukabuku J. Terjebak dengan Facebook ni pada tahun 2011. Tu pun kawan ambe jugak yang suruh buat, katanya senang nak contact pape. Hahahaha cam takde pendirian je ambe ni, sume kawan yang suruh. Tapi bila dah join, syok la pulak. Blog lah yang mula-mula ambe nak tahu atas kehendak sendiri. Dunia sekarang bagi ambe Facebook la laman sosial paling femes, ramai yang join tak kira tua atau muda. Makin kaya la si Mark Zuckerberg ni. Twitter pun femes jugakkan, tapi cam tak syok je hehehe. Ni jelah laman sosial yang sempat ambe join J tak banyak pun, tapi bermaknalah bagi ambe sebab semuanya kenangan manis ambe. Korang pun mesti macam ambe jugakkan?? Mesti ade laman sosial yang pernah korang join. Entah-entah lebih banyak & serius dari ambe kan kan kan J. Wassalam...

JOm ambe berlanja 1lagu yang femes kat Malaysia abad ini. Versi Alleycats. Kretif diorang ni (Best!!)


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)