Fais-SKA

Showing posts with label Makan Angin. Show all posts
Showing posts with label Makan Angin. Show all posts

Tuesday 10 September 2013

Nikmat Keluar Makan Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari F@is SKA, ambe harap korang sentiasa sihat disamping orang tersayang ..inshaa'Allah =). Alhamdulillah masih dapat layan blog ni, sekarang nak online sangat pun tak dapat sebab hujan berserta guruh dan kilat. Ape pun beringatlah dahulu sebelum kena kan. Sebelum tu ambe nak ucap terima kasih kat korang yang doakan ambe kaya hehe. Alhamdulillah..mana tahu kot-kot makbul doa korang semua inshaa'Allah. Ambe pun doakan supaya rezeki korang murah dan diberkati Allah selalu =).


Malam sabtu baru-baru ni, ambe 1 keluarga keluar makan bersama di Pizza Hut Dungun. Sebenarnya dah lama tak keluar makan bersama, nak-nak dalam keadaan ambe yang bertongkat. Memang tak suka sangatlah nak keluar bila bertongkat, bimbang terjatuh je. Sebab last keluar dengan kawan pergi pasar Payang ambe terjatuh depan public. Haha bangun je..terus cover, malu kot sebab nak lompat divider tak lepas dan tongkat tersangkut kat divider tu. Awatlah pi buat tinggi sangat diviver, kecian kat golongan macam ambe ni hoho. Nasib baiklah takde ape-ape.

Atas permintaan keluarga, gagahkan juga diri ni keluar makan bersama. Walaupun Pizza bukan menu kegemaran, demi ibu dan adik yang tengah mengidam, ambe ikut jelah. Korang suka Pizza?? Ambe ni cepat muak dengan roti dan keju yang banyak. Sampai kat Pizza Hut Dungun pun dah pukul 10.15pm, masa tu yang ada pun cuma 3 keluarga yang tengah menjamu selera. Kitaorang kiranya keluarga yang last la masuk makan. Pukul 10.40pm tinggal keluarga ambe je yang menjamu selera, time tu 1 pizza dah sampai, yang 1 lagi terpaksa tapau bawa balik. Segan kot makan sambil diperhatikan pekerja kat situ. Tahulah diorang dah puas makan Pizza, tapi macam tak sabar-sabar nak kemas meja kitorang je.

Haaaa..tengok, takde orang dah =)
Hehe..siap makan ambe tolong kumpul dan kemaskan untuk diorang, kecian..macam tak sabar nak balik je semua pekerja Pizza Hut ni =). Jam pun dah pukul 11pm lebih masa tu, alhamdulillah kenyang perut suka hati. Sampai kat rumah pulak, makan lagi yang tapau punya..hehe kerja makan je malam tu. Seronok keluar makan bersama keluarga, sebab kita akan duduk semeja, bukan senang nak boleh kumpul semeja macam ni, ada je benda yang nak dibualkan. Hargailah keluarga kita yang masih ada, Alhamdulillah...Wassalam =)


“Baragsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali-silaturrahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturrahim.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 1 March 2013

Owhhh Tasik Kenyir


Entri kali ni ambe nak kongsi cerita time bercuti bersama gengs (12 orang) di Tasik Kenyir. Ni cerita tahun lepas punya, bulan 10 kalau ambe tak silap. Balik je bercuti tu tak terfikir pulak nak kongsi dalam blog, mungkin sebab banyak makang ikang tasik kot hehehe..lagi pun sekarang baru dapat semua gambar masa pergi Tasik Kenyir tu. Time-time cuti camnilah ambe rasa rajin nak update blog, tu pun sebab kawan ambe bagitahu nak pergi Kenyir pulak bulan 6 tahun ni. Aduhaiiiiii..harap menjadilah kali ni, sebab percutian kitorang tahun lepas ambe boleh kabo percutian yang gagal, semuanya POYO. 

Nak tahu sebab ape gagal? Hahahaha..sebab kitorang terkandas di tengah-tengah tasik selama 4hari 3malam (lama tu), hampeh punye "Houseboat" dah la bayar mahal, boleh pulak enjin boat jem tengah-tengah tasik, lain kali service la dulu boat tu. Last-last kitaorang balik camtu je, tu pun tunggu sampai 4hari. Perasaan teruja nak pergi air terjun dan taman negara terus jadi bosan (sabar jelah). Aktiviti kitaorang bila dah jadi camni memang banyak tido jelah, memasak, bbq, makan, memancing, tengok movie, tengok krew boat tengah baiki boat, bergambar dan terjun masuk tasik(mandi). Nama tuan houseboat terpaksa dirahsiakan sebab nak jaga periuk nasi dia, ambe nasihat kalau nak tempah houseboat, tengok la yang cantik-cantik. Harga mahal takpe janji puas hati.


Gambar kat atas ni la houseboat yang kitaorang sewa. Ok tak?? Hehehehe ok la kan :) ada bilik kat level2, ada bilik air, tandas, dapur, tempat makan, ruang memancing dan ruang santai. Tapi 1 je yang tak best, tingkap kat level2 tu dia tutup pakai kanvas je. Hampeh punya houseboat, dah la tiap-tiap petang hujan, kitaorang jugak la jadi magsa pegang kanvas tu tunggu hujan dan ribut berhenti. Seram pun ada, dah macam kat laut je bila ribut datang, bergoyang habis, tapi syok pun ada. Meh tengok gambar bawah ni.

Walaupun jadi macam ni, layan jelah :) kenangan indah tu ada bila kitaorang dapat ikan, bila tengok pemandangan yang cantik (memang betol-betol cantik), dapat bergambar, gelak sama-sama, mandi tasik sama-sama dan banyak lagi lah, tak rugi pun kalau korang pergi. Pape pun jika ada kesempatan untuk pergi kali ke2, ambe harap benda camni tak terjadi dah, hahahaha.. ambe salute la gengs ambe ni, korang memang best :) kalau ada yang berminat nak bercuti ke Tasik Kenyir, pergilah ramai-ramai, memang syok sangat-sangat, kalau nak sewa houseboat boleh klik sini dan sini
Bawah ni ada la gambar yang sempat kitorang snap dari mula sampai la balik..layan jelah..

Gambar atas ni time nak balik dah, houseboat yang kitorang sewa ditunda houseboat lain. Yang penting semua selamat. Banyak lagi gambar yang ambe tak kongsi kat sini, nak tengok datang rumah ambe :) Wassalam.



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Friday 30 March 2012

Sehari Bersama Mereka

Assalamualaikum dan Salam 1dunia :)

Malam ni nak Share sikit keseronokan sehari bersama kawan pusing-pusing Negeri Terengganu. Walaupun tak semua tempat kitaorang pergi tapi memang syok la, trip kitaorang penuh dengan gurau senda dan gelak ketawa :) hahahaha..best betol, sebelum ni biasa la, masing-masing sibuk dengan kerja dan urusan peribadi. Fuhhhh!! betuL-betuL dapat release tension..Terima Kasih Kawan (^^,)v

Ni je gambar yang sempat kitaorang snap :) EnjoY!!

Hentian Pertama kitaorang..Beli barang di TerminaL Bas Terengganu
Mahkamah syariah ni law tak silap he3..tak sure sangat

Replica Batu Bersurat

Perpustakaan Awam Negeri Terengganu

My Best friend

Ni atas terminal bas Terengganu, pakcik ni sibuk baiki kasut

kalau tak silap ni kedai kraf tangan, kusyuk toL pakcik ni

Red wings Boh!! :)

sebahagian gerai yg ada kat terminal ni

hehehehe..cantik bas ni, free je naik bas ni :) wat pusing-pusing ganu


Next..Cari barang kat China Town
dslr ni la banyak sumbangkan gambar selain HP sendiri

hehehe santai

driver yang bertauliah :)

lalu depan Taman Syah Bandar

Taman Syah Bandar

gerbang China Town

snap dulu 1 kali :)

Perut dah lapar..jom try selera kampung, nyum3 Budu owhhh Budu..
Bismillahirrahmanirrahim...

minat budu toL mamat ni

sotong bakar..sedap wOOo :)

mekasih abelie belanja makan :) thumbs uP La..

hahahaha licin :)

orang ade bini..pas makan call bini jap..


Last destinasi, kitaorang singgah Kenyir Lake :) nak singgah Masjid Kristal tak dapat, sebab tutup.
moh la kite ke tasik kenyir :)

tak tahu la ni rumah terapung atau kapal

Di penuhi dengan tumbuhan hijau

Sarau yang cantik :)

'SS' hehehe

peace yowww!!!

Cantik betuL permandangan tasik kenyir :) insyaALLAH 1 hari nanti kitaorang pergi lagi


P/s ~ Negeri Terengganu banyak tempat menarik, kami ni anak jati Negeri Terengganu pun tak puas lagi ronda-ronda di Terengganu :) anda yang ingin datang ke negeri kami, sila-sila la ya, banyak tempat yang menarik yang perlu anda lawati, jom tengok gambar bawah ni..

Peace!!!!


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)