Fais-SKA

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Thursday 19 September 2013

Seronok Ke Baca Novel??

بسم الله الرحمن الرحيم


Membaca adalah amalan mulia, pasti ramai di kalangan kita yang suka membaca novel. Terutamanya perempuanlah yang selalu menjadikan novel sebagai bahan bacaan mereka di masa lapang =). Tak kiralah novel tu bergenre ape sekali pun, kaum hawa pasti mendahului kaum adam.

Seronok Ke Baca Novel??

Kadang-kadang ambe tertanya juga, ape yang seronok sangat baca novel ni?? Dah la tebal, gambar pun tak diselitkan sama kat dalam novel, bagi sesetengah orang novel ni pasti membosankan, betol tak??. Setiap orang ada bahan bacaan mereka sendiri, jadi kita tak boleh adili minat seseorang. Ambe ni tak pernah pun baca 1 novel sampai habis. Sebab tulah kalau ada blogger yang terbit entri tentang review novel, lepas je ambe baca sinopsis pasti ambe tanya endingnya selalu. Yang tak bestnya, diorang tak pernah pun bagitahu ending novel tu. Takpelah, kita tunggu novel tu di dramakan nanti, lepas tu kita tengok ending dia puas-puas hoho. 

  

Kelebihan Membaca Novel

Memang tak dinafikan ramai blogger yang minat membaca novel, antaranya Cikgu Helmi, Acik, Niena, Kak Lea, Adik Mia, Kak Lana, CJM, Cik Akak dan ramai lagilah. Seperti di rumah family ambe, kitaorang ada 1 mini library. Hampir 60% di penuhi dengan novel, kebanyakannya datang dari kakak, adik dan ibu ambe sendiri. Bila diorang fokus membaca je, pasti suasana sunyi sepi, keluar bilik pun bila ada hal penting je. Haha.. nampak tak virus membaca novel kat situ =). Kadang-kadang ambe tengok diorang pun pelik, siap boleh gelak-gelak dan senyum sorang-seorang lagi, apa yang diimaginasikan pun tak tahu la.

Pada ambe banyak manfaat baca novel ni, selain dapat tingkatkan ilmu pengetahuan dan skills dalam penulisan, siap dapat berimaginasi lagi tu, secara tak sedar otak dah jadi kreatif. Seronok tu ada, tapi yang penting kena pandai bahagikan masa. Ambe yakin setiap orang pasti minat membaca, cuma bahan bacaan yang macam mana je membazakan minat seseorang tu. Ape pun setiap orang ada hobi masing-masing, yang baik dan mendatangkan faedah sama-samalah kita sokong dan kongsi. Selamat membaca =) Wassalam.

P/s : Hobi ambe suka kacau orang baca novel..hohoho




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)