Fais-SKA

Showing posts with label Penghargaan. Show all posts
Showing posts with label Penghargaan. Show all posts

Tuesday 22 October 2013

We Support Morsi

بسم الله الرحمن الرحيم

Agaknya kan, apa cerita terbaru tentang Dr. Mohamed Morsi dan para pengikutnya di Mesir ye? Agak lama jugalah ambe tak dengar berita tentang Dr. Mohamed Morsi ni. Kadang-kadang cari info kat mukabuku pun takde perkembangan terbaru tentang beliau, cuma video terakhir yang ambe tengok adalah ucapkan Salam Aidiladha oleh para pejuang islam kepada seluruh umat islam. Harap beliau dan para pejuang islam tetap tabah dan dirahmati Allah selalu. Inshaa'Allah Dr. Mohamed Morsi pasti akan kembali bebas dan kemenangan umat islam pasti akan dikecapi suatu masa nanti. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka di sana.



Sebelum terlupa, ambe nak ucapkan terima kasih kepada pihak sponsor baju R4BIA untuk Mini GA By T-Shirt Mudah Terengganu. Setahu ambe GA ni sekarang dah masuk part-3 kan??. Alhamdulillah, ambe menang t-shirt R4BIA ni dari GA pertama. Sebenarnya dah seminggu lebih dapat t-shirt ni, tapi harini baru berkesempatan ucapkan terima kasih =.=". Ambe pun tak sangka yang pihak sponsor rajin hantar hadiah ni sampai ke rumah. Pandai diorang pilih pemenang kan hahaha..tak payah susah-susah nak post dah. Memang dekat sangat kedai diorang dengan kampung ambe. Alhamdulillah terima kasih sekali lagi yup, semoga perniagaan T-Shirt Mudah Terengganu bertambah maju =). Wassalam.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 9 October 2013

Terima Kasih Bloggers

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam 4 Zulhijjah dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menerbitkan entri pada hari ni. Apakhabar anda hari ini? Harap sihat sejahtera dan sentiasa dalam rahmatNya..Amin =). Entri kali ni ambe nak ucapkan terima kasih kepada bro BM (Bin Muhammad) pemilik blog Relasks Minda yang sudi membantu ambe menyelesaikan masalah blog SKA. Syukurlah dah menjadi seperti yang ambe inginkan. 

Tak lupa juga kepada blogger kak Yumida. Alhamdulillah hadiah yang ambe terima ni dah sampai dua hari lepas, semalam baru ambe perasan ada surat hehe. Ambe dapat hadiah ni dari entri kak Yumida "Jom Teka: Sumber Trafik". Terima kasih ye kak Yumida sudi bagi hadiah yang comel ni =).

Penanda buku yang cantik ni ambe terima dari blogger kak Kathy. Alhamdulillah, surat dari kak Kathy sampai sekali dengan kak Yumida. Ambe dapat penanda buku ni hasil dari "Top Komentator" di blog Coretan Hati Kathy. Terima kasih kak Kathy dan salam Aidil Adha juga =).

P/s: Shoutbox terpaksa dibuang disebabkan masalah yang tak diketahui. Inshaa'Allah akan dipasang balik nanti. Ambe nak minta maaflah kepada bloggers/pembaca yang tinggalkan jejak di shoutbox, sebab ambe tak dapat nak jejak korang balik. Jangan lupa singgahlah blog mereka di atas tu, mereka sangat peramah dan baik hati =). Jazakumullah khairan kathira.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 2 September 2013

Terima Kasih Cik Akak N-A-O-M-E-I

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari SKA =) harap korang sentiasa sihat disamping orang tersayang. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk update entri pada hari ini. Korang nampak tak header cun kat atas?? Ni header blog Cik Akak Naomei (pinjam header jap ye kak). Pasti dah ramai yang kenal Cik Akak ni, seorang blogger baru yang meningkat naik =). Ambe yang dah lama dalam dunia blogging pun tak terkejar rasanya nak hebat macam Cik Akak. Cik Akak ni seorang yang tabah, baik hati, mesra, pemurah dan boleh di kenali sebagai "Doktor Cinta". Hehe bab-bab cinta memang bagi kat akak ni la, banyak nasihat dan tips dia kongsi  di blognya. Kalau korang nak kenal dengan Cik Akak ni, picit je header kat atas  =).


Orang berbudi kita berbahasa,
Cik Akak memberi Ambe merasa.

Sebenarnya ambe baru je terima hadiah dari Cik Akak dari segmen "Klik-Klik Syawal By Cik Akak Comel". Pemenang yang lain dah terima hadiah 30 Ogos lagi, ambe jugak yang lambat, takpe..hero tak gaduh-gaduh punya hehe. Alhamdulillah, terima kasih banyak ye kak atas hadiah yang ohsem ni =). Ambe suka cenderahati dari Sarawak tu dan majalah Mastika memang bahan bacaan kegemaran ambe. Terima kasih juga atas sijil penghargaan yang diberi, first time ambe terima hadiah macam ni. Sebagai seorang blogger, bukan hadiah yang diharapkan, tetapi ikatan silaturrahim yang perlu dipupuk =). Sama-samalah kita support blogger yang ada. Wassalam.


P/s : Minyak petrol ron95 dan diesel naik 20sen seliter bermula tengah malam ni..moh ler kita keluar isi minyak ramai-ramai (geleng pale jap).



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 26 August 2013

Terima Kasih Bro "P"

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, hadiah sebagai sponsor untuk GA Pheonix dah sampai petang padi =). Tak sangka pula jadi sponsor untuk GA pun dapat penghargaan macam ni. Hehe terima kasih banyak-banyak yup bro Pheonix atas hadiah yang diberi. In shaa Allah lepas ni ambe nak jadi sponsor setia untuk segmen bro haha. Semoga rezeki bro murah dan sentiasa dalam rahmatNya selalu. Baru harini ambe tahu nama sebenar bro Pheonix ni =)..

P/s : Hensem betul la tulisan bro ni, kemas je ambe tengok hehe..kalah tulisan awek-awek kat luar sana.




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 19 August 2013

Ramadhan & Syawal

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam 12 Syawal dari SKA =). Harap korang sentiasa sihat sejahtera, in shaa Allah. Korang perasan tak?? Rezeki bulan Ramadhan dan Syawal pasti murah berbanding dari bulan lain kan. Tak kiralah murah rezeki dari segi ape sekalipun, tapi dua bulan yang penuh barakah ni pasti bermakna buat kita. Ramadhan tahun ni agak bermakna bagi ambe, sebelum terlewat ambe nak ucapkan terima kasih sangat kepada korang yang sudi support blog SKA, yang sudi bagi kad raya dan hadiah dari segmen yang dianjurkan. Hehe alhamdulillah.

Bro Pheonix ~ Terima kasih sebab kasi duit raya dari GA Pheonix.
Emas Putih & Pn. Qaleshya ~ Terima kasih sudi bagi kad raya dari Segmen Kad Raya.
Cik Akak Naomei ~ Terima kasih sudi bagi kad raya .
Kak Kathy ~ Terima kasih sudi bagi kad raya.
Kak Fiza ~ Terima kasih sudi bagi hadiah dari Segmen Teka.
Deno ~ Terima kasih sudi bagi kad raya dan sticker.
Adik CJM ~ Terima kasih sudi bagi kad raya dan duit raya (hehe sabar jelah dengan dak ni =)


Adik Hana ~ Terima kasih sudi bagi e-kad raya.
Kak Lana ~ Terima kasih sudi bagi header Ramadhan.
Mama ~ Terima kasih sudi bagi lencana khas ni.

Alhamdulillah, semua ni ambe dapat di bulan Ramadhan & Syawal =) tu jelah ambe nak kongsi malam ni. Terima kasih la buat mereka di atas, semoga Allah sentiasa murahkan rezeki korang. Ambe pun tak tahu nak balas dengan apa, in shaa Allah tahun depan la yup ambe bagi kad raya. Wassalam..



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 19 June 2013

Penghargaan Tak Seberapa Buat Mereka


Salam dari SKA buat semua, harap korang sentiasa sihat sejahtera, in.shaa.Allah =). Harini ambe cuma nak bagi doodle buat Top 10 yang rajin komen blog SKA. Act ambe nak remove software adobe photoshop, sebelum remove terfikir pulak nak buat doodle dulu. Sebagai penghargaan terimalah doodle yang tak seberapa ni, nak kasi hadiah mahal-mahal tunggulah ambe kaya dulu yup. Terima kasih la kat korang semua yang sudi tinggalkan komen dan follow blog SKA =). Yang mana sudi follow blog SKA, minta tolong tinggalkan jejak kat cbox. Senang ambe nak terjah dan follow balik =). Jika ada silap dan salah, ambe mohon maaf dan tegurlah ambe ni keh.

P/S---> Kalau tak comel sorilah yup..tapi ambe cuba buat tema blog korang. Cam biasalah, buat ikut mood je..hehe. Nak minta maaf jugak kalau entri kali ni lambat loading, sebab banyak gambar =)



Adik Mia ni memang friendly. Blog dia memang best, santai je, setiap entrinya pasti buat korang tersengih sorang-sorang bila membaca =). Seorang yang berani, rajin bw dan kreatif bab bercerpen. Semoga dirahmati Allah selalu dan in.shaa.Allah dapatlah biasiswa tu nanti yup. Senyum Sokmo!! =)



Adik Nana ni pun friendly jugak. Lebih suka dipanggil Me kan?? Rajin membaca, rajin bw dan minat warna biru. Katanya nak sangat anak saudara, in.shaa.Allah dapatlah tu nanti hehe. Blog Me ni kemas je, penuh dengan info yang berguna. Semoga dirahmati Allah selalu dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Senyum Sokmo!! =)



Bro Bin Muhammad antara blogger terawal jugak la yang komen blog ambe ni =). Seorang yang prihatin sangat dengan alam sekitar dan keadaan sekeliling. Blog Relaks Minda bro BM ni memang best, penuh dengan info yang berguna. Nak relakskan minda?? Jumlah ke blog bro BM. Semoga dirahmati Allah selalu dan bahagia disamping keluarga. Senyum Sokmo!! =)



Super Mama KakLea ^^. Blog kakLea ni antara blog yang wajib ambe terjah. Macam-macam benda KakLea kongsi. Seorang ibu dan isteri yang penyayang, berpengetahuan luas dan suka tengok WHI. Semoga dirahmati Allah selalu dan bahagia disamping keluarga. Senyum Sokmo!! =).



Nina ni orang penang bak hang, nanti boleh la belanja ambe c.k.teaw kan?? hehehehe. Seorang yang friendly dan rajin bw. Blog dia pun kemas je dan macam-macam cerita dia kongsi =). Semoga dirahmati Allah selalu dan semoga test JPJ nanti lepas keh. Senyum Sokmo!! =)



Adik nies pun friendly jugak. Blog pink dia penuh dengan perkongsian ilmiah dan kehidupan diri sendiri. Blog yang simple, cantik dan kemas. Seorang yang suka dengan baby dan budak-budak. Siapa yang ada baby untuk diasuh, carilah Nies yup, alaaa free je..toksah pening-pening ^^. Semoga dirahmati Allah selalu dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Senyum Sokmo!! =)



Siapa tak kenal dengan Bunda ni kan =). Seorang ibu yang rajin dan penyayang. Blog bunda pun best, banyak perkongsian yang berguna dan bermanfaat. Semoga dirahmati Allah selalu dan bahagia disamping keluarga. Senyum sokmo!! =)



Adik Anis SK yang kreatif dan friendly. Muda-muda lagi dah kreatif, seorang yang pandai edit blog dan buat doodle yang comel. Nak tempah??? Terjah la blog SK. Semoga dirahmati Allah selalu dan dapat result PMR yang cemerlang. Senyum Sokmo!! =)



Korang mesti dah kenal dengan Kak Aiza yang friendly ni kan =). Seorang yang rajin sangat bw dan bagi ambe seorang yang tegas kot hehe. Kak Aiza suka kucing kan??. Blog kak Aiza best, banyak info yang berguna dikongsikan selain kisah kehidupan sendiri. Semoga dirahmati Allah dan berjaya dalam hidup. Senyum Sokmo!! =)



Bro ni ambe tak tahu nama ape dan tak tahu nak panggil ape, panggil jelah Bro Pheonix boleh la deh. Seorang yang bz dengan kerja, sempoi dan memang friendly. Kalau korang terjah blog bro ni, confirm dia terjah balik haha. Semoga dirahmati Allah selalu dan dimurahkan rezeki ye bro. Senyum Sokmo!! =).

******************************************************

Alhamdulillah, panjang pulak entri kali ni. Tak jadi W.W# la gayanya. Yang belum follow tu, follow la blog diorang ni =). Semoga bermanfaat. Wassalam..



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 12 June 2013

W.W#1 - Dari Anis SK



Doodle kat atas ni ambe dapat dari adik Anis SK =). Comel je, terima kasih sangat-sangat yup, 
cemburu tengok doodle tu duduk bersila hehehehe. Anis ni pandai edit blog dan buat doodle, 
sape-sape yang ada masalah dengan blog, nak tutorial, tempah atau edit blog boleh la ke blog SK
Terima kasih sekali lagi..Wassalam =)




Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)