Fais-SKA

Showing posts with label Redha. Show all posts
Showing posts with label Redha. Show all posts

Tuesday 29 October 2013

Aku Sayang Kau, Tapi Kau Tak Sayang Aku

بسم الله الرحمن الرحيم

Selum hilang dari pandangan mata ambe, biarlah ambe tenung dulu sepuas-puasnya. Cukuplah dengan belaian dan kasih sayang yang ambe diberikan selama ni, kau pun tidak diperlukan lagi. Sedih pula ambe tengok kau, tapi kau tak sayangkan ambe. Nak buat macam mana kan, dah takdir Allah. Sekarang tiba masanya ambe bungkus kau elok-elok dan simpan di dalam stor. Jika ada rezeki lebih, engkau pasti akan diduakan satu hari nanti inshaa'Allah. Sekarang i dah tak boleh lap-lap u sampai berkilat seperti dulu =.=".

Kemalangan Pada Bulan Januari 2013

Terlebih sketsa pula kat atas tu hehe, apa yang ambe maksudkan di atas ialah ekzos motorsikal moped ambe yang rosak akibat eksiden bulan 1 tahun ni. Kalau korang tengok muffler ekzos kat gambar di atas, hampir 80% kemek. Nak pergi ketuk bagi jadi asal balik memang mustahil la, sebab material muffler ni bukan besi atau zink. Hampir 3 tahun ekzos ni bersama ambe, memang terlalu sayanglah, sehinggakan kawan nak beli pun ambe tak jual. Masa eksiden dulu, walaupun kaki kanan patah, ambe cuba juga berdiri nak pergi angkat motorsikal, tapi kedudukan ambe tercampak tu jauh dari motorsikal, terpaksalah baring kembali untuk jaga kaki agar tidak bergerak. Sempat jugalah masa tu ambe pesan kat jiran minta dia bawa balik motorsikal ke rumah. Last-last kena angkut pergi balai huhuhu. Hampir sebulan jugalah motorsikal ambe kena tahan kat balai.

Yoshimura Tri-Oval Untuk Yamaha 135LC

Gambar di sebelah adalah keadaan ekzos motorsikal ambe yang asal. Memang ambe balut muffler ekzos ni dengan pelekat carbon. Ekzos ni adalah jenis Yoshimura Tri-Oval buatan jepun. Ambe beli pun atas nasihat kawan yang sama-sama minat sukan permotoran. Pada mulanya agak berat hati ambe nak beli, tapi atas dasar minat dan ingin mencuba, terpaksalah korbankan sedikit duit simpanan. Harga ekzos ni adalah yang termahal untuk kategori moped, ambe beli pada tahun 2010 dengan harga RM700. Ekzos Yoshimura ni memang ekzos khas yang dicipta untuk motorsikal berkuasa tinggi, tetapi ianya juga telah mengeluarkan ekzos khas yang sama untuk kategori moped, begitu juga dengan jenama seperti Leo Vince. Dari segi prestasi dan bunyi memang terbaik. Tidak menghampakan dan berbaloilah walaupun agak mahal. Tapi semua ni hanya tinggal kenangan, ambe pun dah rasa patah hati dengan keadaan motorsikal ambe sekarang. Mungkin lepas ni bagi perhatian kat kereta la pula, inshaa'Allah lebih selamat. Nak beli motorsikal berkuasa tinggi seperti bro Harith dan bro Sop memang tak mampulah. Cukuplah guna ape yang ada, yang penting ikut kemampuan dan bajet sendiri, betul tak??. 


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Monday 6 May 2013

Ujian dan Redha

Salam dari SKA buat semua =) harap korang sihat-sihat je. Acane mengundi?? bereh dop??. Pagi tadi kat pukul 3 jugak la ambe tido semata-mata nak tahu perkembangan pru ke 13. Last-last dapat tahu kat Terengganu Umno menang tipis je dengan berkelebihan 2 kerusi. Huhuhu dah nampak kat situ persaingan sengit berlaku antara Umno dan Pas. Okeh, kite tutup citer pru ke 13 dengan redha jelah. Ambe ada satu story sikit harini, actually nak update pasal kaki kanan ambe yang dah lama patah.

Perkembangan Terkini Tulang Kaki Yang Patah

Pagi tadi ambe ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Hajat di hati nak tahu status kaki kanan ambe yang patah ni, lagipun kaki ni nampak seperti tak ok je. Agak lambat jugak la sampai hospital sebab ambe ikut jalan pantai, saje nak tengok suasanan pru 13 sepanjang jalan Dungun dan Terengganu. Alhamdulillah harini tak ramai orang kat hospital, so takyah tunggu lama-lama =). Lepas daftar kena pergi X-ray dulu. Ambe paling tak suke X-ray, tahun ni saje dah 4 kali ambe X-ray kaki. Sinaran X tu bahaya, setahu ambe setiap orang tak boleh X-ray lebih dari 2 kali setahun. Harap ambe dilindungi ALLAH.

Nampak tak gambar X-ray kat atas ni?? Ni pandangan depan kaki ambe, nampak tak tulang tu dah belok kan. Ni la akibatnya sebab buas yang teramat hehehehe. Ambe ni jenis yang tak boleh duduk saje-saje. mesti nak banyak bergerak dan akibatnya macam dalam gambar tulah. Doktor pun dah geleng kepala sebab ambe ni dah 4 bulan patah kaki, tapi tulang tak sambung-sambung lagi, makin teruk adalah. Mungkin ni ujian dari ALLAH buat ambe, yang penting kenalah redha. Diringkaskan doktor pakar bagi ambe 2 pilihan, nak masuk besi atau simen sampai peha.

Simen Kaki Sampai Ke Peha

Ni yang ambe pilih (simen je). Lagi teruk dari dulu, dulu simen sampai betis je, sekarang sampai peha. Ni lah orang kata bagi betis nak peha hehehehe. Agak seksa sebenarnya simen sampai peha ni, sendi lutut confirm tak boleh bergerak. Nak kena air pun dah tak boleh sangat dan sangat-sangat terbatas untuk bergerak. Doktor pakar ada bagitahu kemungkinan tulang kaki ambe akan pendek kurang dari 1cm dan akan belok kekanan sedikit. Sedihnya =( tapi ambe bersyukur sebab masih ada kaki walaupun ALLAH dah tarik nikmat tu sikit.

Time nak simen kaki ni kan, dah macam mengurut kat bomoh patah je. Tugas orang yang simen kaki ni dia tarik kaki ambe dan tolak tulang kaki bagi masuk ke kedudukan asal balik. Nasib baik la ambe ni tak pandai nak menjerit dan meraung hehehehe. Doa-doalah tulang kaki ni cepat bersambung yup. Sebab doktor bagitahu, kalau tak sambung jugak kena masukkan besi dalam kaki. Risiko lagi tinggi sebab takut dijangkiti kuman dan terpaksa ambil benih sum-sum tulang sedikit bagi pulihkan tulang yang tak bercantum. Tadi pun dah ambil darah untuk diuji, doktor nak tengok ada kuman ke tak dalam tulang. Harap takde ape-apelah, ambe ni tak sabar dah nak berjalan dan bekerja. Tak sukalah duk saje-saje camni =(

Mereka Yang Tabah

InshaALLAH bulan depan ambe bagitahu balik kat blog ni perkembangan kaki ambe ni. Alhamdulillah ujian yang ALLAH bagi ni tak sehebat Dia bagi kat Deno dan Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. Mereka sangat kuat dan tabah sebenarnya. Masa ambe baca kisah pemergian Siti Hajar ni memang sedih sangat. Tipu lah kalau tak sedih bila baca. Mungkin korang dah pernah baca. Kalau korang nak baca tentang Deno boleh la ke blog Deno dan kisah Allahyarhamah Siti Hajar boleh klik SINI dan SINI. Nasihat ambe, walaupun kita ni diuji dengan ujian ALLAH yang paling teruk sekalipun, banyakkanlah bersabar dan redha. Yang penting berusaha, positif dan banyakkanlah berdoa. Wassaalam =).

P/s :  Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
 bolehlah klik --->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Wednesday 18 May 2011

Ku Redha



Tanggal 12/5/2011 merupakan hari yang bersejarah buat aku…hmm..sedih??? gembira??? Rasa tenang??? Sumenya dah bercmpur baur..sukar untuk d’lupakan, tp mgkin ni yang terbaik..tiada siapa yg thu slain Nya..
Aku sebagai hamba Allah yang lemah, redha dgn segala ketentuanNya. Kita hanya merancang..Allah s.w.t yang menentukan segala2nya..yg pnting aku xnk b'subahat, ape pn aku trima semuanya dgn positif dan stiap kejadian ada hikmahnya. tp jgnlah letakkan dri pd takdir smatanya2..aku bnci org yg m’harap dn b’pgg pd takdir smta2.
Hmm..maaf ibu..hati ni dah tertutup untuk si dia bt slama2nya…
Thanks sgt bt family n kwan2 yg support..hmm biasalah, mula2 agak berat jugak..tp lama2, insyaAllah..kesabaran tu yg pnting..Allah sntiasa bersama  dgn org yg sabar..Alhamdulillah..
Pape pn, Thanks to my sis, maia.. mlam 2 tiba2 lak msg kamu msuk, bermakna sgt2 bt sy J

~berjalanlh dgn penuh hrpan wlau hdup xsllu bhgia,
~Sdekahkan la 1syuman wlau d’hati xmmpu b’than,
~Blajarlah memaafkan wlau diri t’luka,
~Bhnti mmberikan alasan wlau ingin myatakan kbenaran,
~Hiduplh dlm iman wlau hati d’penuhi dgn godaan,
~Dan berpeganglah pd Allah wlau dia xklihatan…

Msg yg b’mkna bt sy..tQ Mai@.. J

Hidup msti d’truskan…utmakn family dan krjaya dlu..d’smping kwjipan kta sbgai hamba ALLAH


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)