Fais-SKA

Monday 5 August 2013

Mood Raya Datang Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam dari SKA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat di penghujung Ramadhan =). InshaaAllah 3 hari lagi Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya. Mood raya pun mesti dah membuak-buak kan, ada yang ambil kesempatan membeli belah, biasalah..hujung-hujung ramadhan camni mesti ada buat sale kaw-kaw punya, confirm murah dari biasa. Walaupun dah nak raya, jangan lupa amalan di bulan Ramadhan, tepuk dada tanya iman.

Ahaaaa..tengok bar chart kat atas. Peringatan buat diri sendiri juga ni, kebiasaan jadi macam nilah kan??. Sama-samalah kita pertingkatkan amalan di penghujung bulan Ramadhan. Ape yang Allah beri, pasti ada hikmah, contoh malam Lailatul Qadar. Sebab tu Allah jadikan malam Al-Qadr ni di 10 malam terakhir, masa tulah orang yang betul-betul nak je akan cari malam yang lebih baik dari 1000 bulan ni dan masa tu juga la kita sibuk dengan persiapan raya kan. Ramadhan hanya setahun sekali, malam Al-Qadr pun setahun sekali, terawih tidak boleh diqada dan ajal tu rahsia Allah. Sama-sama muhasabah diri, inshaaAllah =).


Di kesempatan ni ambe nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua Umat Islam, khususnya buat para blogger dan pembaca blog SKA =). Nak minta maaf sangat-sangat kalau ambe ada buat salah atau buat korang terasa bagai. Sesungguhnya ambe insan yang lemah dan sentiasa mengharapkan keampunan dari Allah. Jangan lupa jadilah pemandu atau penunggang yang berhemah, berhati-hati di jalan raya.

P/s.. Raya nanti, time makan jangan memilih, bersyukur je..kalau tak, jadi macam gambar kat bawah ni hehe.


JUM layan 2 buah video "Instrumental Raya" dari bro Azhar (best!!).Semoga bermanfaat...Wassalam =)





Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

"KLIK-KLIK SYAWAL BY CIK AKAK COMEL"

بسم الله الرحمن الرحيم

Nak join?? Klik banner kat bawah ni =)
Salam dari SKA =). Alhamdulillah, kali ni ambe nak join lagi segmen dari CikAkak. Ingat nak perap bagi lama sikit, tapi takut terlupa pula. Syarat senang je, just klik-klik Syawal, siapa yang tak join memang rugilah, sebab hadiah yang ditawarkan memang ohsem!!. Objektif ambe tentulah nak jadi johan, siap ada sijil lagi tu hoho, mana tahu kot-kot terpilih, inshaaAllah. Sejak kenal dengan blogger CikAkak ni, rajin betul akak kita ni anjurkan segmen, selalu kongsi rezeki dengan orang lain =). Semoga rezeki CikAkak bertambah murah selepas ni.

Salam Syawal CikAkak...Maaf Zahir & Batin

Kawasaki RR angkuh bergaya,
Yamaha RXZ saingan utama,
Bukan nak cerita hal jalanraya,
Saje nak ucap Selamat Hari Raya.

Yamaha 135LC baru je beli,
Cantik berkilat kemain berseri,
Jemput ke rumah di Adilfitri,
Tak kan nak bagi Ducati baru nak mari



Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)