Fais-SKA

Tuesday 29 October 2013

Aku Sayang Kau, Tapi Kau Tak Sayang Aku

بسم الله الرحمن الرحيم

Selum hilang dari pandangan mata ambe, biarlah ambe tenung dulu sepuas-puasnya. Cukuplah dengan belaian dan kasih sayang yang ambe diberikan selama ni, kau pun tidak diperlukan lagi. Sedih pula ambe tengok kau, tapi kau tak sayangkan ambe. Nak buat macam mana kan, dah takdir Allah. Sekarang tiba masanya ambe bungkus kau elok-elok dan simpan di dalam stor. Jika ada rezeki lebih, engkau pasti akan diduakan satu hari nanti inshaa'Allah. Sekarang i dah tak boleh lap-lap u sampai berkilat seperti dulu =.=".

Kemalangan Pada Bulan Januari 2013

Terlebih sketsa pula kat atas tu hehe, apa yang ambe maksudkan di atas ialah ekzos motorsikal moped ambe yang rosak akibat eksiden bulan 1 tahun ni. Kalau korang tengok muffler ekzos kat gambar di atas, hampir 80% kemek. Nak pergi ketuk bagi jadi asal balik memang mustahil la, sebab material muffler ni bukan besi atau zink. Hampir 3 tahun ekzos ni bersama ambe, memang terlalu sayanglah, sehinggakan kawan nak beli pun ambe tak jual. Masa eksiden dulu, walaupun kaki kanan patah, ambe cuba juga berdiri nak pergi angkat motorsikal, tapi kedudukan ambe tercampak tu jauh dari motorsikal, terpaksalah baring kembali untuk jaga kaki agar tidak bergerak. Sempat jugalah masa tu ambe pesan kat jiran minta dia bawa balik motorsikal ke rumah. Last-last kena angkut pergi balai huhuhu. Hampir sebulan jugalah motorsikal ambe kena tahan kat balai.

Yoshimura Tri-Oval Untuk Yamaha 135LC

Gambar di sebelah adalah keadaan ekzos motorsikal ambe yang asal. Memang ambe balut muffler ekzos ni dengan pelekat carbon. Ekzos ni adalah jenis Yoshimura Tri-Oval buatan jepun. Ambe beli pun atas nasihat kawan yang sama-sama minat sukan permotoran. Pada mulanya agak berat hati ambe nak beli, tapi atas dasar minat dan ingin mencuba, terpaksalah korbankan sedikit duit simpanan. Harga ekzos ni adalah yang termahal untuk kategori moped, ambe beli pada tahun 2010 dengan harga RM700. Ekzos Yoshimura ni memang ekzos khas yang dicipta untuk motorsikal berkuasa tinggi, tetapi ianya juga telah mengeluarkan ekzos khas yang sama untuk kategori moped, begitu juga dengan jenama seperti Leo Vince. Dari segi prestasi dan bunyi memang terbaik. Tidak menghampakan dan berbaloilah walaupun agak mahal. Tapi semua ni hanya tinggal kenangan, ambe pun dah rasa patah hati dengan keadaan motorsikal ambe sekarang. Mungkin lepas ni bagi perhatian kat kereta la pula, inshaa'Allah lebih selamat. Nak beli motorsikal berkuasa tinggi seperti bro Harith dan bro Sop memang tak mampulah. Cukuplah guna ape yang ada, yang penting ikut kemampuan dan bajet sendiri, betul tak??. 


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

Motivasi Pagi - Adab Rasulullah Bangun Dari Tidur

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today and Inshaa'Allah for tomorrow

Tidur Itu Hikmah Dari Allah.

Tidur merupakan hikmah dari Allah, dengannya kita dapat  ketenangan, merehatkan badan, mencergaskan fizikal dan mental. Rasulullah mengangkat darjat tidur dari hanya sebuah tabiat manusia  kepada ibadah dan muamalah kepada Allah. Tidur ialah ibadah jika disertakan dengan niat taqwa dalam mentaati Allah. Rasulullah bersabda: "Tidurlah sebentar sebelum masuk waktu zuhur, sesungguhnya syaitan tidak melakukannya".

Adab Rasulullah Bangun Dari Tidur.

Doa bangun dari tidur. 
1~ Rasulullah bangun sebelum masuk waktu subuh.
2~ Rasulullah menyapu mukanya dengan tangan, iaitu menyapu kesan tidur dari wajahnya.
3~ Rasulullah akan mengingati Allah dengan menzahirkan rasa syukur dan membaca doa bangun tidur.
4~ Rasulullah akan segera berwudhuk dan mengerjakan solat sunat/wajib.

Rasulullah bagitahu kepada kita bahawa syaitan mengikat kepala manusia dengan 3 simpulan semasa tidur.
1~ Apabila manusia bangun dan mengingati Allah, maka terlepas 1 simpulan.
2~ Apabila manusia berwudhuk, maka terlepas 1 simpulan.
3~ Apabila manusia bersolat, maka terlepas 1 simpulan.

Maka dengan itu, jika manusia tidak melakukan 3 perkara di atas, dia bangun dalam keadaan yang tidak baik. Apabila terlepas kesemua simpulan, manusia bangun dalam keadaan yang baik. Maka dia menjalani kehidupan sehariannya dengan bahagia dan penuh keberkatan.
-: Perkongsian dari tazkirah Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf.

P/s: Ringkas jekan adab Rasulullah bangun dari tidur. Mustahil la kalau kita tak dapat ikut adab Rasulullah ni. Mulakan hari anda dengan rasa syukur dan positif, semoga bermanfaat. Wassalam =).


Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)